Jom klik hearbeat

Friday, July 6, 2012

Hadiah Cinta Buat Diri

Assalammualaikum wbt,

Salam Jumaat penuh barakah



Alhamdulillah atas rezeki yang di beri oleh Allah buat diri dan juga keluarga. setiap yang berlaku pasti ade hikmahnyer kan? Ya !! saya belajar dari setiap yang berlaku pada diri dan seterusnya lebih istiqomah dalam melayari kehidupan yang mendatang. Allah ada dan sentiasa ada untuk membantu. Kasih sayang Allah adalah yang terbaik pada saya. Alhamdulillah segala rintangan saya tempuh dengan tabah dan sabar serta tawakal kepada Allah.

Dan Alhamdulillah sekarang saya menikmati kehidupan dengan jauh lebih baik dan sentiasa memberi ruang untuk membantu teman-teman yang sentiasa memerlukan. Bukan kerana bisness yang sedia ada memberikan satu dimensi baru dalam hidup saya,  bahkan saya berjaya membawa seberapa ramai teman-teman yang memerlukan pertolongan bagi memperbaiki diri dan kestabilan ekonomi keluarga.

Bukan kekayaan yang saya cari, tapi ketenangan dalam hidup serta kehidupan yang lebih selesa buat diri dan keluarga, saya tetapkan nawaitu dalam hati, saya mahu menghantar bonda dan ayah ke tanah suci dan saya juga mahu mengabdikan diri di bumi Allah itu. Sungguh saya berdoa satu masa nanti saya akan ke sana jua. Ameen.




Arini berita baik buat diri, ikutkan semalam nak amek tapi saya tak sempat untuk mengambil kawan baru saya Samsung Galaxy Tab 2. Ada sedikit hampa sebab warna putih dah sudah tiada stock but this one dah cukup bertuah kan. Takpe lah same je, atleast saya berbelanja membelinya hasil duit titik peluh berbisness saya. Meriah kan??  rezeki datang daripada Allah. Inilah hasilnya bila kita rajin dan sentiasa istiqomah dalam berbisness. Next month leh survey Samsung Galaxy Note Pink pulak. Apa jadi ngan Samsung Galaxy Mini white tu kan?? hehe dah saya simpan jadi kenang-kenangan. Di sebalik kehadirannya ada cerita dan kenangan yang akan membuat saya mengenang cerita-cerita sedih.

Saya tak mahu hidup untuk mengenang kisah pahit masa silam, saya sudah pun memaafkan benda-benda yang lepas, saya mahu hidup dengan lebih bahagia dan tenang di samping Allah. Yang berlalu biarlah berlalu usah di kenang untuk kehidupan yang baru. Mulakan langkah dengan baik dan berusaha untuk menjadi muslim yang terbaik di sisi Allah tetapkan dalam diri matlamat yang sebenar dan apa yang harus kita praktikan dalam diri. InsyaAllah kebahagiaan yang hakiki bakan menjelma nanti.

Pe pun cakap pada diri  Allah be always with us !!

Apa pun saya doakan yang terbaik buat semua, buat teman-teman terima kaseh kerana sentiasa menghargai diri saya dengan seadanya. Buat BFF saya yang sibuk nak pergi Pangkor bersama teman-teman beliau, hati-hati dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Terima kaseh tak terhingga buat bonda dan ayah serta keluarga yang sentiasa memberi sokongan yang padu pada saya dalam bisness nih. Buat rakan-rakan kongsi yang di hargai, terima kaseh kerana memberi saya ruang untuk memberi peluang pada anda untuk menceburi bisness nih dan semoga kita sama-sama menuju ke puncak.

Jumpa kita di LONDON-PARIS yer.. Gluck to All Of You Be The Best Among The Best!!


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah 
Puteri Amna Balqies

No comments:

Post a Comment