Jom klik hearbeat

Monday, July 30, 2012

Maki itu sama dengan ujian



Assalammualaikum wbt

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"

Baca byk kali dalam hati ^__^ sambil tarik nafas panjang-panjang.
Entahla bulan ramadhan adalah bulan penuh rahmat, tapi bulan ramadhan juga diri di uji dengan pelbagai benda yang menyeksa hati. Nak kata bodoh orang tu bukan binatang. Tapi ntahla akal mungkin sejengkal ilmu apatah lagi memang cetek barangkali. Allah kurniakan mulut bukan untuk mencaci mahupun memaki, tapi Allah kurnikan mulut untuk bertasbih dan berzikir mengingati ingat Allah.

SubhanaAllah sedih kan ada di kalangan kita yang bersikap begitu, sedih melihat akhlak sebagai muslimah tidak di pelihara dengan baik. Sedih melihat kaum perempuan yang jahil pada agama sedangkan kita di lahirkan dalam agama Allah yang Maha Agung.

Pe pun tuhan berhak menguji tahab kesabaran kita kan? bila saya membaca kisah hidup Saidatina Aisyah r.a pun pernah di cerca, di maki dan di fitnah di zaman beliau. Saya sendiri terpanggil untuk melihat diri sendiri, memang la sakit hati kan tapi pe la daya saya. Sedangkan isteri nabi yang terulung pun tak terlepas dari ujian apa tah lagi saya yang hanya wanita yang biasa-biasa sahaja. memang layak untuk di uji. 

"Allah sedang berbicara tentang SABAR dan IKHLAS.. SABAR dan IKHLAS itulah ISLAM"

" Kalau tak sabar kita bukan islam ke kakak? "  tanya seorang adik yang saya berkenalan dalam ruangan Fb (mukabuku) saya.

Bukan kalau tak sabar tu bukan islam, tapi kurang lengkap menjadi umat yang di katakan islam, kurang lengkap mendidik diri dengan tarbiyah-tarbiyah yang di landaskan islam. Justeru itu kita harus belajar lebih tekun dalam mentadbir diri ke arah yang lebih baik. Bukan lebih ke arah yang pelik-pelik lagi. 

Jadi pelik berubah kerana Allah itu takpe jangan jadi pelik bila melihat orang yang pelik jadi lebih pelik-pelik dan bukan-bukan. hehe ayat pun dah macam pelik !! jadi lah yang lebih indah pada pandangan Allah dari menjadi buruk pada pandangan Allah. Menjadi buruk pada pandang manusia takpe, sebab manusia nih Allah memang jadikan tak sempurna, jadi tak perlulah nak memaki-maki orang, hamun orang lain kalau hati dan jiwa menjadi tidak tenang.

Ketenangan jiwa datangnya dari hati yang sentiasa mengingati Allah. Saya pernah merasa pelbagai rasa, pelbagai rencah hidup dalam melayari kehidupan. Saya bukan malaikat yang sentiasa Agung dan di perangungkan di sisi Allah. Tapi kita hamba yang sentiasa tak lekang dari kesilapan.

Dalam bercinta, perlu ada sabar, dalam berkasih perlu ada kekuatan jiwa, ujian cinta sering menghadap diri saya, ujian hati sering membelenggu setiap jiwa dan sanubari saya. Di cela kerana bertudung, mencerca akhlak seseorang muslim satu benda yang amat sangat-sangat tak dapat di maafkan. 

Lupa mungkin diri tu islam barangkali, lupa mungkin diri kamu itu seorang wanita yang di perhatikan akhlak kamu. Lupa mungkin yang berada di atas adalah yang Maha Agong. Lupa mungkin saat-saat kematian menjemput nanti. 

" Kak seksa mati lebih dasyat dari ape yang kita sangka kak, yang alpa dengan mengingati seksaan kubur itu adalah orang-orang yang alpa tentang dunia, yang akan menyumbatkan diri mereka sendiri ke dalam neraka Allah " kata seorang adik usrah saya

SubhanaAllah, terdiam dan terpaku!!

Ujian tentang "memaki orang" berakhir dengan natijah yang sangat besar, ulasan dan doa di ucapkan bertalu-talu dari ustazah dan ustaz yang sering berbicara pada saya di laman-laman tarbiyah yang sering saya ikuti.

Ustazah Fatimah Syarha i love u because of Allah.

Ingat lagi pemberian sahabat baik saya yang menghadiahkan karya beliau siap tanda tangan khas dari Ustazah Fatimah Syarha. Time kaseh sahabat ^___^

Bicara Ustaz Hasrizal

Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaan kepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanya tidak bermakna. 


HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.


HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.


HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA.


 
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]


Kita sentiasa layak diuji


Kerana kita adalah HAMBA.


Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies





No comments:

Post a Comment