Jom klik hearbeat

Wednesday, August 1, 2012

HEBAT SANGAT KER?

Assalammualaikum wbt

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"
 

 di hari konvokesyen yang lalu ^__^

Dalam melayari kehidupan pasti ada onak dan duri betul tak? pasti banyak benda yang kita hadapi, banyak benda yang kita lalui, banyak benda yang kita telan je even benda tu macam susah nak terima kan..kan..Kalau tak kerana sakit dan perit maung kehidupan tu la kita tak akan sampai ke tahap sekarang ni.

" Awk tu graduated yang tak hape-hape tah !! bangga sangatlah awk ade ijazah??  " khidmat pesanan ringkas yang kerap saya terima dari Hamba Allah yang dengki dan busuk hati.

Yela bangga lagi tambah bersyukur saya ada degree atleast saya berusaha nak berjaya dari awk dok mengata dapat pe?? tak dapat apa-apa kan?? dapat sakit hati dan cemburu je. Padan muke sape soh jadi bodoh dan malas nak usaha sedangkan Allah suruh kita kecapi impian dan usaha untuk lebih berjaya dan hukum menuntut ilmu itu adalah wajib bagi orang-orang islam.

Kadang-kadang ikutkan hati mahu je saya lempang muka dia banyak-banyak kali kan? tapi sebab jauh tak dapat nak lempang hehe. Kalau ada kesempatan dapat jumpa memang rasa nak lempang.Bagi dia sedar diri sikit bukan nak menghina dia tu cuma ada diploma cikai-cikai je tapi alang-alang dia dah mengutuk-ngutuk saya hah!! saya pulang la balik kan.

Nampak kejam kan?? hehe kadang-kadang kena kejam mengikut situasi.

Tetiba hari ni makin emo saya di buatnya, fikir-fikir balik tak dapat apa-apa pun layan orang gila macam tu. Kita nak berjaya kena berkawan dengan orang yang berjaya dan kalau kita nak hidup senang dan tenang kena berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh.Nih kata cerdik pandai.

Alhamdulillah kawan-kawan saya semuanya yang berjaya dan ada perniagaan sendiri. Awak ada apa? setakat pangkat mengunung tinggi buat ape kan??  tapi akhlak tak setinggi pangkat yang sedia ada. Nasihat saya :

" CUBA BELAJAR ERTI MALU DALAM DIRI DAN BELAJAR JANGAN MALUKAN DIRI SENDIRI "

Saya pun bukan la pelajar cemerlang masa sekolah, matematik selalu je failed sebab tak suka nak mengira sangat, tapi cuba fikir balik secara positifnya macam mana saya yang SPM tah hape-hape punya result nih boleh belajar sampai ijazah??

Mestilah bangga, orang lain yang semua cemerlang SPM suma terus ke ijazah tapi saya belajar satu tapak ke satu tapak. Pencapaian yang cukup cemerlang di raih satu persatu di raih juga satu demi satu akhirnya. Syukur pada Allah dan TAHNIAH pada diri.

AWK ADA KER? TAK MACAM SAYA KAN?? SO JANGAN NAK SAKIT HATI MELIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN.

Awk nak dengki cakap pe pun takpe saya tak rugi apa-apa pun. Malah saya bertambah-tambah la rezeki, bertambah-tambah bahagia, bertambah-tambah income, bertukar kereta tak lama lagi, dapat beli rumah tak lama lagi, Awk dah tentu la bertambah-tambah hutang dan pastu pening pale nak bayar  hutang sampai terlentang. Sungguh tak best hidup macam tu. Tu lah upah orang yang selalu mengutuk nih dapat gakla upah terkutuk dari Allah

Kalau kita menkeji manusia yang seagama kita, samalah kita mengutuk ciptaan Allah swt. Yela Allah yang cipta saya bukan benda lain. Jadi sebelum mengutuk pandang diri sendiri.

Akhirnya orang yang awk dok kutuk-kutuk nih lebih berjaya dan cemerlang dari awk yang nampak je macam bagus tapi tak la bagus sangat, nampak hebat tapi tak la hebat sangat malah :

" NAMPAK LEBIH POYO"

Oklah nanti tulih panjang-panjang ada pulak yang terlebih rasa, cukup-cukup la sikit-sikit kan? 


Monoloq PAB : Akan lebih bahagia dan tersenyum selepas ini..bonus bisness bulan ni Alhamdulillah sangat-sangat besar. Alhamdulillah berkat bersabar mendengar luahan, dan kutukan Hamba Allah ni. AWK KUTUK LA SAYA BANYAK-BANYAK LAGI EK. NANTI ALLAH BAGI BANYAK REZEKI KAT SAYA.


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies



 

 


1 comment: