Jom klik hearbeat

Monday, August 6, 2012

Menyulam Bahagia Kerana Allah

Assalammualaikum wbt

Salam Ramadhan dan Salam One Malaysia

"Rabbana la tuzigh qulubana ba'da izhadaitana"




Sangat suke quote kat atas nih ^___^


Story mory for this week mcm biase la sibuk and sibuk dengan tugas di office dan juga mengendalikan bisness. Alhamdulillah rezeki nampaknya datang bertimpa-timpa di bulan ramadhan dan menjelang syawal nih. QIES SIHAT KER? tanya sahabat saya yang tak penah lekang bertanya khabar berita dari saya dan sentiasa membaca blog saya dari semasa ke semasa.

"Alhamdulillah sihat sangat-sangat dan bahagia sangat-sangat"  sambil tersenyum melihat pesanan FB CHAT dari beliau yang berada nun di seberang laut menghabeskan masa beliau dengan menelaah pelajaran dan mengikut suami beliau yang bertugas di London. Beliau bekas peguam yang sangat-sangat rendah diri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata yang sangat-sangat solehah. 

RINDU KAK INA DALAM HATI ^___^

"Qies bila nak mai London? rindu nak jumpe qies personally, mesti comel qies ni kan?" pertanyaan beliau melalui fb chat amat buat saya tersenyum riang. 

"Qies mmg kecik je, tapi takla comel but sangat-sangt comot" jawab saya dengan hati yg riang.

"InsyaAllah kalau jadi bulan March qies pergi sane trip business ke sane bersama rakan kongsi" jawab saya dengan penuh gembira

"Ameen, InsyaAllah tak sabar nak jumpe qies nih, tak penah bersua tapi indahnya rase bersahabat dengan awk qies penuh barakah, sangat-sangat solehah" jawab beliau.

" Takde pun solehah kak, saya sedang belajar lagi nak upgrade diri jadi yg lebih baik, title solehah belum tepat buat diri saya yang serba-serbi kekurangan nih kak, qies byk belajar dari kehidupan yang lepas" jawab saya.

"Takpe qies, biar kita nampak biase-biase je skrg nih, tapi semangat untuk lebih dekat dengan Allah tu membuatkan kita lebih kuat untuk berubah demi Allah, bukan demi orang lain. Qies akak tahu qies seorang yang tabah, dari cerita kamu akak pasti kamu akan dapat jodoh yang lebih baik dan soleh, akak doakan yang terbaik buat diri mu dik" jawab kak ina dengan penuh emosi.

" kak qies terharu, ase cam nak nangis je, InsyaAllah kak qies akan ingat pesan akak, terima kaseh atas nasihat dan kata-kata semangat akak, semoga Allah pelihara akak sekeluarga nanti untill Jannah kak!! " jawab saya dengan hati yang sebak.

Persahabatan kami hanya dengan medium fb kenal secara tak sengaja, beliau bertanyakan product dan saya assist beliau untuk menerangkan pasal product. At last jadi sahabat. Lebih terharu beliau tak pernah miss satu pun cerita dalam blog saya. Terharu kan ^___^

Buat silent reader saya, thanks sebab sudi nak baca macam -macam cerita dalam nih. Kisah saya dan kehidupan saya. Sharing is Caring, bukan bererti menjaja tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman hidup buat semua agar ianya menjadi pengajaran buat diri sendiri, buat teman-teman mahupun memberi kebaikan buat agama. Kepada yang kurang senang bila membaca blog saya takpe jangan baca dan boleh remove saya dari minda anda. saya tak kecik hati pun. hehe

Hati yang bersih dan ikhlas adalah hati yang sentiasa mengingati Allah. Bercinta dengan Allah lebih baik dan sempurna dari bercinta dengan manusia yang kadang-kadang sukar untuk di jangka. Semoga kita akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik untill jannah


Love and Peace Untill Jannah buat semua


 i love shopping kat Butik-butik di Shah Alam ^___^


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies



No comments:

Post a Comment