Jom klik hearbeat

Wednesday, August 29, 2012

Tema Wedding ^__^

Assalammualaikum wbt

Salam Aidilfitri Buat Semua

Ucapan khas ini buat sahabat saya Gee yang selamat melansungkan perkahwinan beliau pada Hari raya ketiga yang lalu bersama pasangan beliau di Kuala Lipis Pahang, Tahniah gee sebab dah melangkah satu fasa yang baru dalam kehidupan, sah bergelar isteri buat buah hati yang tersayang. Happy for her too. Doakan sahabat kamu ni mengikut jejak langkah kamu jua nanti.

Thanks gee, kerana sentiasa berada di saat saya rebah dan goyah, banyak bagi nasihat serta kekuatan untuk jadi lebih tabah. Sentiasa memotivasikan diri ini untuk belajar lebih tabah dan redha di atas ketentuan yang Allah tetapkan buat diri.

Gee tak sia-sia aku menangis, tak sia-sia aku tido kat bustop, tak sia-sia aku meraung-raung dalam kereta, tak sia-sia aku berasa sakit macam nak tercabut jantung. Sungguh tak sia-sia aku merasa pelbagai rasa yang pedih dan perit. Kerana Allah gantikan yang lebih baik dalam hidup aku.

Bahagia, tenang, aman, tersenyum gembira menyinari hidup sahabatmu ini, kini aku terus menyulam erti bahagia dalam ketenangan yang Allah beri, bahagia bertemankan Allah dan apa yang Allah beri. Inilah nikmat yang sebenar dalam hidup yang aku nanti-nantikan.

Doakan yang terbaik untuk aku jua ea Gee, aku sayang gee kerana Allah untill jannah! Semoga gee bahagia bersama suami yang tercinta sampai syurga.

Gee, doakan aku selalu ek!! ^__^ doakan supaya cepat-cepat !!

cantek kan pelamin di bawah?? Tema Floral nice and sweet. Baju dan andaman yang sangat menarik perhatian saya. Semalam puas bergossip ngan kawan baik saya si kemal, sibuk dia nak mengorek2 rahsia. haha incik kemal, sabar la menanti perkahabaran nanti.

huhu, jodoh kan rahsia Allah, maka jodoh saya pun biarlah rahsia. Anda belajar lagi sila la bersabar menanti cik yang jauh nun di cairo.



 credit photo to c-kin collection memang terbaik


Simple but sweet dan menepati citarasa saya, buat yang sedang tercari2 tema wedding boleh la search beliau di laman facebook beliau untuk keterangan lanjut. Suka saya tengok dress Majlis Pertunangan customer beliau di atas.

Mari berangan-berangan dulu. hehe pasang impian nan satu, moga-moga dapat majlis yang begini. hehe 


Ok! done searching! continue later.


Bye ^__^


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


No comments:

Post a Comment