Jom klik hearbeat

Friday, August 3, 2012

Hidup Perlukan Perubahan

Assalammualaikum wbt


Salam Jumaat Yang Penuh Barakah

Isnin cuti Nuzul Al-Quran kan? sama-sama memartabatkan Al-Quran yer...

Terima Kaseh buat sahabat saya yang nun kat Putrajaya bersembang sikit punya lama kan, bagi macam-macam nasihat dan bermacam-macam semangat buat diri saya. Terima kaseh kerana sanggup berkongsi cerita dan pengalaman anda buat diri ini.

Hidup perlu di teruskan, perubahan perlulah sejajar dengan matlamat serta tekad untuk lebih memercu diri ke arah yang lebih baik, baik buat diri, baik buat keluarga, baik buat masa depan dan baik juga buat agama. Kenapa perlu berubah ? perubahan adalah satu peringkat di mana kita perlu lakukan demi melihat diri menjadi lebih sempurna ke arah kebaikan. Tahap kualiti diri bergantung pada tahap kita menilai peribadi, akhlak dan kecemerlangan dalam kehidupan.

Senang kata, Nak jadi baik perlulah usaha dan terus menanam tekad untuk menjadi orang islam yang lebih baik. Islam mengariskan pelbagai panduan dalam kehidupan dengan wujudnya Al-Quran yang menjadi petunjuk dan nadi dalam kehidupan seorang islam. Tak lengkap diri kita jika kita mengaku kita islam tapi kita tak baca Al-Quran. 

Ini pengalaman saya, pada suatu ketika dulu hidup saya amatlah perit, bermacam-macam dugaan hati yang saya tempoh di sepanjang perjalanan saya, seorang rakan sentiasa menasihati saya agar berteman dengan Al-Quran. Nah !! sekarang bukan sahaja saya sudah semankin lancar dengan bacaan saya bahkan saya mendalami isi yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. Ajaib kan kuasa Allah??  Tak percaya?? sila la baca Al-Quran ^__^

Alhamdulillah dengan membaca Al-quran dan sentiasa mengingati Allah membuat hati ini semankin tenang dan senang untuk mengatur langkah untuk lebih berjaya. 

Iman itu diuji. Iman itu bahagia. Iman itu ialah bahagia apabila diuji.

Bersedialah untuk diuji dengan sentiasa menambah iman. Dengan iman kita diuji, dengan ujian kita menambah iman.

Orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah aku bahagia... kerana sibuk menghadapi ujian. Mereka hanya sempat bertanya, apakah aku sudah beriman?

Apakah aku beriman? Jawabnya, (kembalilah kepada ayat pertama...)

-Ust Pahrol Mohamad Juoi-


Al-Quran adalah sumber kekuatan buat diri saya selama ini, terasa tenang dalam jiwa wujud dengan membaca Al-Quran. Kekuatan hati ini juga bermula dengan memperbanyakkan amalan dan ibadah pada Allah. Sering kawan-kawan bertanya pada saya "Bagaimana hendak berasa kuat bila jiwe jadi sedih dan bila hati jadi sakit?? " jawab saya berubahlah ke jalan yang di redhai Allah, berusahalah untuk menjadi lebih baik dan berusahalah untuk menaikkan jati diri seorang yang bergelar islam.

Bukan dengan kekuatan diri kita... tetapi dengan bantuan Allah.

Gunakanlah segala kekuatan kita untuk mendapat bantuan Allah. Tetapi jangan lupa berdoa kepada Allah untuk membantu kita meraih bantuanNya.

Kekuatan kita, hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah. Dengan kelemahan itulah kita akan diberi kekuatan oleh Allah untuk mendapat bantuanNya.

Hakikatnya, kita mesti dibantu untuk mendapat bantuanNya. Ya Allah, jangan serahkan diri kami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata! 

Amin.

-Ust Pahrol Mohamad Juoi-


Islam itu Indah, jadi perliharahlah islam itu supaya ianya sentiasa sempurna dan terpelihara dengan baik.

 Love and Peace Because Of Allah




Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies




1 comment:

  1. assalamualaikum amna...salam perkenalan...thanks for sharing..good entry

    ReplyDelete