Jom klik hearbeat

Wednesday, August 8, 2012

Happy..Happy ^__^

Assalammuaalaikum wbt..


Salam Ramadhan Al-Mubarak

Hari ni tak berpose saya hehe, Allah bagi rehat untuk bulan nih, tapi sedih tak dapat nak solat terawih malam ni, semalam off day. Dan hari ni kembali ke opis dengan pelbagai jenis kerja sebelum saya move out ke tempat kerja yang baru.

Yup, this is time to move out dan mula dengan azam dan langkah yang baru ke tempat yang baru. Terus terang bermacam-macam perasaan yg saya ase, takot, segan dan lepu. Lepu la sebab sah-sah kat tempat baru takde kawan lagi, mesti nak mulakan sesi suai kenal baru dengan ahli opis yg sah-sah baru saya kenal. Serius macam-macam perasaan saya rasa. Hopefully saya ok-ok nanti. 

Last week kelas bisness mula macam biase dan saya memandu berseorangan sehingga ke kelas di Batu Caves, dah biasa hidup berdikari dari dulu lagi. Dari sebelum ada kenderaan sendiri sampai la bawak kereta sendiri, bangga dan bersyukur pada diri sendiri sebab mampu sampai ke tahap sekarang. Alhamdulillah Allah beri ruang dan peluang yang sangat baik buat diri saya. Semoga perubahan yang Allah aturkan buat saya memberi kebaikan buat diri dan agama. 

Happy sangat-sangat sebab bukan sebab dah join bisness yang sangat-sangat bagus dan memotivasikan diri sendiri, bahkan saya dapat membantu rakan-rakan yang terdekat saya, Alhamdulillah syukur pada Allah atas pemberian dan nikmat yang di berikan.

Sedih tak lagi ?? sedih jugak bila terkenang benda-benda yang saya lalui sepanjang hidup ni, tapi itulah salah satu faktor yang membuat saya lebih kuat dan tabah, DONT LOOKED BACK AGAIN !!! saya dah bahagia dengan apa yang Allah beri dan tak mungkin saya berpatah balik memandang ke belakang.

NEVER and NEVER..PAST IS PAST...Hadapilah segalanya dengan tabah dan sentiasa berfikiran positif untuk lebih berjaya.

Happykan hati dan Ikhlaskan jiwe semoga kita semua tenang di sampingNya..

 ceria even berpose ^__^ happy kan muke

diaorang yang sentiasa membuat saya happy gelak2 kadang2 sampai nak pecah perut


Hidup penuh dengan kebahagiaan yang hakiki, bila orang tanya saya apa yang buat saya jadi kuat dan tabah? jawab saya 

1. Jangan tinggal solat
2. Mengaji selalu
3. Jogging dan beriadah
4. Buat apa-apa yang dapat menyibukkan diri
5. Berkawan dengan orang yang sentiasa positif
6. Berdoa dan tawakkal pada Allah
7. Redha dan ikhlas kan hati maafkan orang lain.

Memang susah pada mula-mula kita nak bangkit dari kejatuhan, tapi kita kena kuatkan hati, biarlah apa orang nak kata tentang kita, janji kita happykan diri kita dulu. Doa banyak-banyak ngan Allah jangan putus asa. Rempuhlah segalanya dengan sekuatnya mungkin dan let go benda yang lepas dengan seikhlasnya.

InsyaAllah bak kata Ummi Ruhani saya, Allah sentiasa mendengar keluhan hambaNya yang sentiasa berdoa dan meminta dariNya. 

Selamat Berpose tau !! 


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


 




No comments:

Post a Comment