Assalammualaikum wbt
Salam Aidilfitri Buat Semua,
Family terchenta
Dah raya dah kan? hehe apa pun meriah raya tahun nih dengan pelbagai jenis juadah dan yang paling best dapat jumpa ngan semua family kat Muar Johor. Sesekali berkumpul memang best, maklumlah bila raya la semuanya best-best berlaka.
Raya tahun nih semuanya serba sederhana namun meriah dengan kehadiran keluarga semua, meriah jugak sebab tahun nih dapat mengandakan duit raya pada semua adik-adik sedara, Alhamdulillah rezeki bertambah, jadi sedekahlah sikit-sikit moga-moga rezeki dalam perniagaan bertambah berkat.
anak-anak kesayangan bonda cute-cute kan? hehe
Sedekah kan satu ibadah, jadi tak rugi kalau menghulur kan sedikit, tangan yang menghulur kan lebih baik dari tangan yang menerima. ^___^
Bonda sedang menyiapkan juadah raya sebelum bertolak ke desa
Hari raya nih hari raya yang sangat-sangat buat saya bahagia, bahagia? hehe bahagialah sebab di samping Allah dan keluarga tercinta, orang tercinta?? oppsss!! soklan tu biarlah menjadi rahsia bila tiba masanya nanti InsyaAllah ada la kan? hikhik main-main pulak kan?
Jodoh adalah Rahsia Allah, maka apa yang Allah berikan buat saya nanti adalah nikmat bahagia yang Allah beri buat saya dan keluarga. Moga-moga saya akan bahagia doakan yer kawan-kawan.
Ameen.
Pe pun bahagia lah moga-moga kita semua dapat bercinta sehingga ke syurga, sebab tu tak rugi bila kita berubah dan yakin dengan apa yang Allah berikan, Kesenangan dan rezeki yang Allah bagi buat diri ni sekarang sebenarnya adalah berkat kesabaran saya dengan ujian-ujian yang Allah berikan di masa lalu. Nikmat bahagia yang saya rasa sekarang adalah hikmah di sebalik apa yang terjadi di masa lalu.
Perit, tapi akhirnya tersulam erti bahagia, Syukur ! dalam hati bertambah bahagia, yang lalu biarlah berlalu, saya hanya berserah pada Allah agar segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Agar segala kenangan pahit yang terpalit dalam hati di tinggalkan jauh. Agar segalanya menjadi lebih baik agar kita di sayangi lebih-lebih dan bertambah lebih oleh Allah swt.
Bercintalah dengan Allah, InsyaAllah Allah akan berikan insan yang akan menyayangi kita sebaik kita menyayangi Allah. Janji Allah tu pasti, jika kita baik dan sentiasa ingat Allah dan Allah akan menjodohkan kita dengan insan yang sentiasa ingat Allah. Percayalah !!
oklah di kesempatan ini, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA YANG SETIA MEMBACA. Buat semua sahabat yang jauh mahupun dekat, buat sesiapa yang mengenali diri saya juga.
Raya, raya jugak ibadah kenalah jaga kan, jangan leka mahupun sedikit cuma. Pelihara akhlak agar segalanyan yang ada terpelihara dengan baik dan teratur.
Selamat Hari Raya semua !!
Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment