Jom klik hearbeat

Monday, August 13, 2012

Concorde Hotel Shah Alam

Assalammualaikum wbt

Salam Ramadhan Buat Semua.

si gadis comel dan si bonda comel

I'm counting the day before raya, hehe SYOKNYA RAYA kan? Alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk beraya bersama family tercinta. Persiapan raya biasa-biasa sahaja seperti tahun sebelum ini. Cuma ada sedikit kurang pada saya berbanding tahun lepas. Baju raya dah berpasang-pasang saya beli dari Butik-butik kegemaran saya. Saya lebih selesa memakai jubah moden sejak dari dulu lagi, senang, mudah, dan menutup aurat tu dah pasti la kan. Bukan berjubah sebab kita nak tunjuk yang kita nih baik, tapi saya memang memakainya sejak saya kuliah lagi. Lagi satu senang nak solat kalau pergi mana-mana kalau tak bawak telekung aurat pun terpelihara. 

me  ^___^


Seindah Hiasan adalah wanita solehah, WAJIB, PERLU  tanamkan dalam hati perubahan perlulah sejajar dengan agama kita, ISLAM.

Majlis Berbuka Puasa

kami yang solo-solo hehe

Berbalik pada cerita asal, semalam saya menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang di anjurkan oleh pihak syarikat tempat saya bertugas. Majlis di adakan di Concorde Hotel Shah Alam dan di hadiri oleh semua kakitangan syarikat kami beserta ahli keluarga masiang-masing. Macam biasa saya ngan Effa rakan setugas sentiasa bersolo hehe, yela bujang kan. 

Menu pihak hotel kali ni adalah selera bandung yang mengetengahkan makanan budaya minang yang ada di bandung, macam-macam lauk ada, sampai tak termakan dek tekak nih. Maklumlah perut nih bukannya leh sumbat banyak-banyak tak ada space nak sumbat semua makanan. hehe

Banyak makanan yang pedas-pedas sebab orang minang ni memang terkenal dengan masakan gulai mereka yang pedas-pedas, yang paling best ada menu feveret saya sejak zaman berzaman, ais-kerim walls yang boleh di ambil sesuke hati je. Suke..suke..macam-macam perisa ais-kerim pihak hotel sediakan. Tu yang best kalau berbuke sesekali di hotel. Alaa company bayar pegi jela kan. 

Tapi yang tak best saya bukan jenis yang makan banyak, ramai yang setuju rugi bawak saya makan buffet ramadhan kat hotel sebab saya tak berjaya nak makan dengan jayanya. 

Anyway thanks to company sebab every year memang ada majlis berbuka puasa bersama-sama kakitangan.

Tu je cerita untuk hari ini, cerita yang tak menarik pulak saya demam dan sakit perut akibat makan benda yang pedas semalam kot, perut sensetip camni la, kuar masuk toilet tak henti-henti dari malam tadi, kesudahanya pagi nih dengan selamba pakai t'shirt dan seluar track suit macam orang nak pergi jogging. Muka memang la tak berseri berbanding dari semalam. 

Mood : sakit perut kaw-kaw punyer, sampai rasa nak bawak kete pegi keje pun lemah semacam. Tapi keje pun banyak nak kena siapkan sebelum raya. 


Sekian. ^__^


Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies

1 comment:

  1. Assalamualaikum awak..saye nak tanye awak beli jubah2 yg awak pakai tu kak mane??cantik2 la..

    ReplyDelete