Jom klik hearbeat

Tuesday, August 14, 2012

My Own Butik Muslimah

Assalammulaikum wbt

Salam Ramadhan Al-Mubarak Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua.

gadis sentiasa komited dengan tugas dan perniagaan

Sejak zaman kuliah, ibu kerap membelikan saya jubah untuk ke kuliah, even adakalanya saya suka berjeans dan berkemeja labuh atau bertshirt muslimah. Jubah adalah pakaian wajib saya sejak dulu lagi, KENAPA PILIH JUBAH? salah satu sebab saya gemar dan fanatik dengan jubah sebabnya :

1.Selesa
2. Menutup Aurat
3. Mengikut Syariat
4.Cantik dan Sopan

Kadang-kadang orang bertanya pada saya tak panas ke pakai jubah? hehe tak panas bila kita pandai pilih kain. Banyak jubah yang ready made kat pasaran sekarang nih. Harga pun berpatutan, saya suka memilih jubah dari jenama FEMINA kainnya lembut dan saiznya banyak dan senang untuk match dengan sebarang majlis.

My Own Butik

Alhamdulillah saya sedang merangka beberapa perancangan untuk masa depan, Salah satunya adalah saya ingin membuka Butik Jubah Muslimah dan Tudung saya sendiri. Hobi dan minat saya terhadap jubah dan tudung ingin saya kongsi bersama rakan-rakan di luar sana.Kadang-kala banyak di kalangan kawan-kawan yang bertanya tentang jubah yang saya sering pakai. Ini mendorong untuk saya mengambil inisiatif untuk memiliki Butik Jubah dan Tudung sendiri satu masa akan datang.

Perancangan yang teliti harus di buat bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana menganugerahkan saya kawan-kawan dan family yang cukup kuat menyokong hasrat murni saya.

Perubahan buat diri berlaku satu demi satu, semankin hari saya semankin kuat untuk berdiri di atas kaki sendiri, berkat kesabaran dan ketabahan Allah bantu dengan meluaskan pintu rezeki buat saya. 

Semoga apa yang di usahakan akan menjadi kenyataan. Doakan yang terbaik buat saya yer semua


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies


No comments:

Post a Comment