Jom klik hearbeat

Monday, August 13, 2012

Iftar Ramadhan

Assalammulaikum wbt

Salam Ramadhan Buat Semua Yang Mengenali diri saya yang comot ini

( hehe panjang pulak ucapan kali nih kan)

bersama rakan kongsi dan merangkap sahabat


First of all Alhamdulillah kita dah melangkah hampir penghujung ramadhan dan mendekati syawal, Alhamdulillah kerana kita sama-sama berjaya mengharungi bulan yang penuh keberkatan ini. Alhamdulillah kerana berjaya menelusuri cabaran dan dugaan di bulan mulia ini. SYABAS buat diri kita semua.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW atas kasih sayang baginda buat kita semua. Jangan lupa setiap apa yang kita ada pada hari ini adalah rentetan hidup dan usaha orang-orang yang terdahulu hidup sebelum kita.Maka bersyukurlah dengan apa yang kita ada pada masa sekarang ni.

Iftar Ramadhan


bersama mereka satu family yang besar bahagia terasa

Iftar Ramadhan kali ini amat bermakna buat diri saya dan keluarga besar MMG Ipoh. Dari pagi kami bersiap sedia dengan seminar usahawan muda dan berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama-sama rakan kongsi perniagaan saya dan para pemimpin dan pembimbing yang tak jemu-jemu memberi idea dan semangat untuk kami lebih maju dalam perniagaan kami.

Alhamdulillah bonus perniagaan kali ni memberi impak yang sangat besar buat diri saya dan juga keluarga, penah lelah kami berbayar dengan bonus yang di beri oleh syarikat hasil kerja keras kami dalam bisness nih.. SYOKNYER RAYA kan? Alhamdulillah hasil usaha dan tawakkal pada Allah akhirnya saya berjaya mengatur langkah satu persatu-satu ke arah kejayaan yang di impikan.

 kami bersama hamper yang di menangi

Iftar bersama rakan kongsi perniagaan kali nih amatlah baik, ini kerana kami dapat berkumpul duduk bersama makan dan minum bersama, bergelak tawa bersama, indah kan ukhuwah kami?? kami sering berkumpul bergini, sering mengahadiri majlis-majlis ilmu bersama, berkongsi segala masalah bersama. Kami bukan sahaja teman seperniagaan malah kami sebuah kerluarga besar yang datangnya dari pelbagai status dan pelbagai bilangan umur.

Satu Perjuangan


Kami bakal-bakal usahawan-usahawan muda negara


Satu perjuangan dan satu misi untuk melengkapi diri dengan segala ilmu dan perniagaan adalah misi kami semua. Menjadi usahawan muda bukannya mudah pada mulanya, banyak juga cabaran yang kami tempoh sepanjang bergelar usahawan muda. Tapi akhirnya kami dapat juga merempuh segalanya berkat kekuatan dan ilmu yang tak jemu-jemu di curahkan oleh para barisan pemimpin kami yang sangat-sangat komited dengan perniagaan dan sering menjadi penyokong kepada kami untuk lebih mantap dalam perniagaan.

"KADANG KALA ALLAH HILANGKAN MENTARI, KEMUDIAN DIA DATANGKAN GURUH, PUAS KITA MENANGIS MENCARI MENTARI KITA, RUPANYA DIA INGIN MENGHADIAHKAN PELANGI YANG INDAH "

ceria bersama, berjaya bersama merialisasikan impian negara melahirkan usahawan muda negara

Pelangi Indah yang berseri menyinari hidup saya kini, yang sentiasa membuat diri di hargai, yang sentiasa membuat diri ni lebih kuat dan tabah. Alhamdulillah syukur pada Mu Rabb atas peluang dan ruang yang di berikan buat diri ini.

Misi saya seterunsya adalah sedang mengumpulkan modal untuk membuka sebuah Butik Jubah Muslimah dan Tudung Muslimah pada masa akan datang. Di sebabkan hobi saya dengan pakaian muslimah moden dan tudung, menarik minat saya untuk membuka perniagaan jubah dan hijab selepas ni. Ramai rakan-rakan yang suka dan tertarik dengan jubah-jubah yang sering saya pakai, ini memberikan galakan pada diri saya untuk mempelbagaikan jenis pernigaan selain dari perniagaan saya yang sedia ada sekarang ni.

Saya bercita-cita  menjadi Icon Usahawan Muslimah Muda Negara yang bukan sahaja aktif dalam pernigaan tetapi menjadi contoh muslimah moden yang berjaya pada satau masa akan datang. Dan tak lupa untuk membantu insan-insan yang lebih memerlukan.

Ameen, InsyaALLAH..

Salam Ramadhan buat semua, sama-sama kita jumpa di puncak kejayaan dengan penuh senyuman.


Salam Sayang Kerana Allah Untill Jannah
Puteri Amna Balqies

No comments:

Post a Comment