Assalammualaikum wbt,
Blog baru masih dalam proses untuk di publishkan. Jadi tungguuuuu!!
Tapi blog nih masih bernyawa lagi cuma akan di privacy kan sahaja ^____^
JANGAN BERSEDIH SAYANG
Mungkin tajuk enry kali ni seakan-akan agak mencuri hati, seolah-olah macam nak pujuk hati sendiri kan? hehe boleh la tak tahu nak letak apa dah untuk tajuk entry nih. Anyway saya suka tajuk nih. Macam saya selalu kata bila pujuk anak buah saya Arissa Az-Zahra bila dia menangis dan merajuk sambil mengusap-ngusap pipi dia dan mencium pipi dan memeluk anak buah kesayangan saya tu.
Saya memang penyayang, cepat tersentuh hati bila orang-orang yang saya sayang menangis di depan saya. nih fakta ikhlas dari hati, yang mengenali saya mungkin tahu dan lebih mengenali diri saya.
Bila kita peluk orang yang kita sayang bila dia menangis, ianya akan memberi satu aura kasih sayang dan tenteram buat si dia yang kita sayang terutama buat family, suami dan anak-anak kita. Aura kasih sayang makin kuat bila daya pelukan kita itu semankin erat.
Untungnya jadi isteri kan, ibu kan? mesti dapat penuh nikmat kasih sayang. CEMBURU saya pada kawan-kawan saya hehe.
MATA BERKACA-KACA
Entry kali ni jua khas buat sahabat blogger saya Zarien Comey (Khaizarin Akhmar) dan sahabatnya INA
Kadang-kadang sedih nih tak kan beri kita ape2, tapi bila bangkit dari
sedih baru kita sedar nikmat yg Allah bagi lagi hebat dari jangkauan
kita..sesungguhnya ada hikmah yang Allah percaturkan buat kita..bila
bertemu dengan sahabat-sahabat saya Zarien Comey dan sahabat beliau Ina, sayu hati bila melihat mata mereka berkaca2 bila berkongsi rase hati mereka..
Dalam menahan diri, haruslah bersabar, sabar menahan emosional, baik untuk diri pribadi, pekerjaan, mahupun untuk keluarga. Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,
Dalam menahan diri, haruslah bersabar, sabar menahan emosional, baik untuk diri pribadi, pekerjaan, mahupun untuk keluarga. Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,
" Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga." Riwayat Bukhari
Tersenyumlah selagi mampu, bahagiakan hati selagi kamu mampu membahagiakan hatimu sahabat, mari kita berpelukan dalam ukhuwah yang terjalin kerana Allah, kita sama-sama sedih, sama-sama berkongsi rasa. Sama-sama islah diri sama-sama berjaya di jalan yang Allah pilihkan dan tetapkan buat kita.
Bersabar dan tawakal pada Allah adalah jalan yang terbaik, mungkin kita menangis hiba dan mungkin hati kita sakit, tapi Allah Maha Mendengar kan? mengadulah dengan Allah, sesungguhnya Allah sentiasa berada di samping kita.
TABAH LAH MUNGKIN ALLAH NAK BERI YANG LEBIH BAIK.
Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment