Jom klik hearbeat

Thursday, February 16, 2012

Buat Bakal Pemilik Hatiku...



Assalammualaikum wbt..

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”




Buat Bakal Pemilik Cintaku,Hatiku setelah Allah dan Rasul:

Tak minta yg SOLEH ,sebab aku pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab aku lg jauh utk bergelar USTAZAH...
Tak minta yg KAYA, sebab aku pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Tak minta yg HENSEM, sebab aku tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Tak minta yg BERPANGKAT, sebab aku hanya seorg HAMBA...
Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya sebagai ISTERI...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia..


Monoloq P.A.B : kalo yang hensem tapi xnak solat ,xnak ngaji, suka maki2 pompuan xbole jugak kan..biar sedap mata memandang.Tak hensem, gemok, hitam, buncit, takpe janji penyayang dengan isteri, memimpin kita ke jalan yang baik, ucapannya hikmah, penuh tekun mengajar kita..bak kata bonda saya biarla yang baik agamanya bukan baik rupanya tapi akhlaknya "kosong"..

Ini sesuai dengan Firman Allah di dalam surah An-Nisa' ayat 1 :


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Sekian..

2 comments:

  1. yerppp betoi tu cik Aqies oiii.... Zaman sekarang tak payah nak cari yang ensem-ensem. kalau ensem tapi tak dapat nak bimbing kita buat apa. yang penting agama. moga dia dapat membimbing kita agar menjadi isteri solehah. kalau ada insan yang ensem kaya semualah belum tentu dia dapat bahagiakan kita. jika dia tak tahu pulak belajar untuk menghargai...chaiyok cik Aqies moga Allah hadiahkan kamu seorang putera pilihan hati atas dasar Cinta Dari Allah. tak begitu sempurna tapi mampu bahgiakan kamu dan membimbing kamu ke arah isteri solehah amin

    ReplyDelete
  2. belajar lah erti menghargai nescaya kita akan sentiasa di hargai..

    PAB..=)

    ReplyDelete