Jom klik hearbeat

Sunday, February 19, 2012

Cerita Aku dan Hujung Minggu...

Assalammualaikum wbt..


Cerita hujung minggu di manfaatkan sepenuhnya bersama keluarga dan teman2 yang sentiasa menyedari kehadiran saya di celah2 kehidupan mereka..cewaaahh!! ayat xmo kalah. Setiap hujung minggu maka terpacakla saya saya menguruskan kedai nasi lemak bonda yang berada di Taman Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan itu dengan megahnya bagi meneruskan legasi nasi lemak kukus yang sedap dari air tangan bonda saya yang terchenta!! ( yer saya anak makcik nasi lemak je)!! tu pun kadang2 orang pandang rendah status bonda saya. Saya bangga apa jadi anak tokeh nasi lemak yang berjaya menndapat ijazah dengan hasil jualan nasi lemak bonda. Yang penting saya bangga ngan ibu. =)

Apabila menyedari diri sentisa sendiri, maka aktiviti sentiasa di isi dengan berjalan2 dan makan2 bersama teman-teman.Buli kawan2 adalah keje feveret saya setakat ni.Aktiviti Jogging di hentikan buat sementara di sebabkan kawan jogging outstation..

Terima Kasih buat kalian, yang cuba memahami diri saya walaupun kadang-kadang jadi pening sama macam saya..hahaha. Atleast i'm not alone without somebody in my life. My Life still go on macam biasa. Terima kaseh yer!!

Sedih?? OMG!! Susah nak bayang perasaan tu sekarang ni.But i'll never give up and still berdiri teguh atas kaki sendiri untuk berhadapan dengan cabaran yang bakal saya tempoh selepas bergelar graduan nanti.

Yes!!, i deserved it!!, i can do it!!, yes i do..i do do do do (dah macam lagu pulak) hehe. Still baca buku Ustaz Pahrol Md Juoi yang sangat best membawa diri dekat pada Ilahi.Saya suka baca buku motivasi tapi saya tak menolak kalau ada insan-insan di sekeliling saya yang "suggest" saya baca buku isu-isu politik dan sejarah kenegaraan bagi menyelami semangat patriotik.

Kata seorang teman pandang la dia sebagai seorang jurutera dan tidak pada status beliau..ngeh..ngeh!! saya ada "bad impression" pasal status beliau memandangkan beliau lahir dari sekolah yang agak memeranjatkan saya. Semangat patrotik beliau amat mengagumkan saya. Kalau isu politik dan permasalahan negara ni serahla pada beliau. Muda lagi tapi sangat dalam pemikiran beliau.Hope cita-cita dalam diam nak jadi YB tu terlaksanakan dengan jayanya bagi meneruskan legasi pucuk kepimpinan melayu. Caya lah yop!!

~~ Tabik spring 100kali buat beliau!!! ~~

Dan yang sentiasa terpacak hari2 kat umah atau kat kedai bonda dan menghiburkan hati makyong dia adalah budak ini



Dan ini...



Monoloq PAB : Hari-hari terus menanti bilakah bahagia itu datang menjelma kembali. Ya Allah jangan biar ku sendiri. Ameen

1 comment:

  1. area manekah gerai nasi lemak itu?? bg direction sket..mane tahu bole singgah n rase nasi lemak yg dikatekan enak itu...tq...

    ReplyDelete