Jom klik hearbeat

Tuesday, March 27, 2012

Berubahlah Kerna Allah..


Assalammualaikum wbt


Dalam beberapa hari ni mood agak tak berapa menyenangkan.Walaupun gambaran wajah di atas menunjukkan saya bahagia. Susah nak di ungkapkan ngan kata-kata, kenapa dan apa yang terjadi. Kehidupan tak selalunya indah seperti yang di harapkan. Bunyi macam 'frust' bukan itu saja, "frust" dengan diri sendiri yang kurang mendidik diri dengan lebih baik. Nak jadi baik kena banyak berkorban! kata seorang sahabat. Jadilah baik untuk diri sendiri dan untuk kehidupan yang seterusnya.

Susah ke nak jadi baik??

Susah bila kita tak buat betul-betul. Contohnya tak cukup solat Lima Waktu, tak rajin baca Al-Quran dan rajin puasa sunat, malah kita tak rajin buat ibadah. Pe lagi nak hadiri majlis-majlis ilmu. Sedihkan!! tapi itulah yang terjadi. Seboleh-bolehnya saya sedang berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang. Kenapa? dulu tak baik ker? bukan tak baik, tapi saya juga mengalami situasi yang sukar nak di jangka oleh akal, Yup!! i'm not really prefect yet!!. Masih lagi cuba mendalami ilmu dunia dan akhirat. Seimbangi ilmu dunia dan akhirat InsyaAllah kita tak sesat kata Atok saudara saya seorang imam masjid di salah sebuah kampung di Daerah Muar Johor.

Baju kurung Vs Jubah labuh

Saya bukan lah seorang wanita yang agak muslimah, baju kurung memang ada tapi serius tak banyak. Orang selalu kata pakai baju kurung tu manis sedap mata memandang, tapi ada segelintir kita pakai baju kurung nampak dada nampak betis, ada yang jarang ada yang ala-ala kain langsir. Kata bonda saya indahnya baju kurung bila di pakai mengikut syariat, asalnya baju kurung tu bukan ketat ikut badan tapi baju kurung adalah pakaian yang sangat longgar dan menepati ciri2 wanita melayu asli yang penuh adab sopan terjaga peribadi dan sesuai dengan identiti seorang perempuan islam. Saya sudah jatuh cinta dengan jubah, bukan nak berlagak alim atau nak lebih nampak solehah tapi saya rasa ianya mengikut syariat. Dari baju kurung saya alih pandangan family saya kepada jubah moden. Tetap sopan tetap indah.

Tudung Labuh.

Terdetik dalam hati, saya nak bertudung labuh kembali. Kembali?? pernah pakai?? jawapanya biarlah rahsia peribadi saya. Indah bila bertudung labuh, tutup dada tertutup pandangan orang tentang peribadi kita. Yer saya suka dengan perkataan syariat? sebab Nabi saw sentiasa berpesan pakai pakaian yang menutup aurat dan mengikut syariat. Islam kan indah, seindah hiasan adalah wanita solehah. Setuju?? hehe tepuk dada tanya diri sendiri.


Saya berkongsi cerita ini adalah moga-moga2 kita sama-sama meneliti pengisian yang amat berguna pada kita semua. Setiap dari kita mesti nak jadi baik dan lebih baik kan? tentulah!! ^__^ kan? maka tanamkan dalam hati, "SAYA BERUBAH NAK JADI BAIK KERNA ALLAH" nak sama-sama masuk syurga, nak sama-sama berbahagia dengan orang-orang yang kita sayang di syurga Allah. Tiada apa yang lebih indah selain mengingati apa yang Allah janjikan bila kita berusaha dan tekad ingin berubah.

Pengalaman saya sendiri pernah di herdik, di maki, di caci sewaktu diri sedang ingin berubah. Cuba membahagiakan, cuba untuk lebih ke arah kebaikan. Tapi sering di sambut dengan kata-kata yang memeritkan, saya akui saya hanya insan biasa, berubah untuk jadi lebih baik, di sambut dengan perubahan mata hati orang yang kurang senang. Bila dah berubah salah, bila tak berubah di katanya kita keji!.

Keji pada pandangan manusia tak semestinya keji pada pandangan Allah!! saya pasrah dan redha, mungkin ini ujian Allah nak beri pada saya. Nak berubah pasti byk ujian. TAWAKAL DAN DOA adalah sebaik-baik ikhtiar. Berubah jadi baik kerana Allah bukan kerana si dia atau orang lain.

Buat Apa Yang Allah suruh, Tinggalkan larangan Allah, Janji Allah adalah Syurga!!InsyaAllah. Usaha,tawakal InsyaAllah kita sama-sama ke sana. Ameen.


Semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan!! Ameen



Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies.

2 comments:

  1. bismillah...

    nak berubah ni perlukan jemaah,
    sorang2? boleh tapi agak susah,
    kerana hati bila sorang kuat membetah,
    dan tindak tanduk bantah membantah,

    susun atur dunia memang indah,
    kalau tersilap bimbang berasa megah,
    oleh itu amalkan sikap mujahadah,
    moga diri dipelihara Allah.

    tetapkan iman kuatkan akidah,
    tingkatkan amalan dalm ibadah,
    buat slow2 insyaAllah x susah,
    pesanan kepada diri ini yang lemah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm InsyaAllah sama2 berubah dan berjemaah
      untuk berlumba-lumba nak jumpe Allah..^__^

      Sama-sama berdoa agar kita sama-sama
      sentiasa memperingati sesama kita

      Syurga adalah tempat bagi orang-orang yang hebat-hebat.Untuk ke syurga kita perlu jadi hebat.
      Yakni orang-orang yang tak jemu2 memperbanyakkan amalan dan ibadah.Sebab tu janji Allah sapa yang baik masuk syurga!! yang jahat masuk neraka!!
      Tanya budak2 taski pasti tahu ungkapan itu.^__^
      sedangkan kita yang dah idup separuh abad tak kan
      masih tersipu2 nak beza syurga dan neraka.

      Yakin,Pasrah,Redha,Tawakkal jadikan tali penguat diri untuk terus berada di dlm lingkungan ketaatan terhadap yang Satu.

      Yakinkan diri setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Allah dah pilih kita untuk bercinta lebih denganNya.^__^

      Maka taatla dan setialah dengan Cinta Allah lebih dari Cinta yang lahir dari Muka Buku..hehe


      Salam Sayang Kerana Allah
      Puteri Amna Balqies, ^__^

      Delete