Jom klik hearbeat

Saturday, March 31, 2012

Maafkan Saya??? Mudah nyer!!


Assalammualikum Wbt,


"Maafkan saya!!" ayat yang agak manis di dengar tapi pahit nak terima. Senangnya menutur maaf tanpa sedar apa yang jadi. "Saya berulang-ulang kali mintak maaf ngan awk tapi awk tak pernah nak maafkan saya, dan awk berdendam dengan saya!!" seandainya kamu tahu apa yang ada dalam hati saya alangkah baiknya. Berdendam?? kamu tetap tak berubah, payah kan nak berubah!! saya masih buruk, hodoh, busuk macam bangkai dalam hati kamu. Tak mengapalah saya tetap sedar saya tak pernah indah di mata hati kamu. Tapi tetap berusaha nak memperindah akhlak dan peribadi saya. Ya! saya sedang belajar untuk ke arah yang lebih baik. Belajar sehingga saya MATI.

Tanggungjawab seorang Kakak usah di pertikai!!

Hari ini demam melanda diri, bingkas juga bangun dari tidur menghantar adik ke Stadium Shah Alam seawal pagi. Letih, Lesu, tak terdaya, tuntutan tanggungjawab sebagai seorang kakak saya lunaskan demi memastikan adik sampai ke Perlawanan Bola Sepak Beliau dengan selamat adalah amanah yang harus di pikul. Membawa kereta dalam keadaan yang lesu amat meletihkan di tambah keaadaan diri yang tak berapa sihat. Sihat nampak dari luar, dalam hati?? Allah yang Maha Mengerti. Payahnye diri, Payahnya Hati. Ya! Tuhan aku amat lemah, amat perlukan tongkat, perlukan semangat untuk terus berjuang dalam hidup yang berbaki ini. Payahnya hidup ni!!
(merungut dalam hati).

Dan dulu saya juga pernah bersusah payah meredah highway semata-mata untuk kamu. Berkorban nyawa untuk kamu. Ada kamu kisah? sejauh mana pun saya sanggup demi melihat kamu. Tak ada yang sanggup meredah hujan panas, malam dan siang hanya semata-mata untuk kamu. Ya! Saya lah yang hina dan saya juga yang sering di lupa. Tak mintak duit sebagai balasan, cukupla kata-kata terima kaseh sebagai hadiah buat hati. Terubat segala penat lelah. Jauh di mata tetap dekat di hati. Penat tapi bahagia itu yang saya rasa sebenarnya. Tak ada insan lain yang sanggup berada di tempat saya. Bukan Takbur tapi itu hakikat!


Ade ke yang sanggup redah 12tgh malam jemput kamu? Ada? saya yang sanggup. orang lain tak kan nak redah bahaya kan diri. Tapi tak bagi saya. Redah kerana hati yang dah terpatri sayang. Dan akhirnya kerana sayang diri terabai, sakit terbiar, Luka hati terbias dengan penuh trajis.


Rintihan Hati.


Saya kagum dengan seorang sahabat yang senasib dengan saya, lalu saya kutip nasihat-nasihat beliau untuk saya jadikan panduan, untuk jadikan semangat pada diri,sering mendengar cerita-cerita tentang naseb yang sama di hadapi oleh sahabat sekeliling. Ya! sangat kejam betul mereka-mereka yang merosakkan hati dan jiwa kita. Jahat mereka kan?? takpe Allah ade kita pujuk hati kita supaya hati kita baik dari luka. Biar sempurna hidup kita semula.

"Allah sayang kita qies! Allah sayang qies sebab tu Allah uji qies" hampir meleleh airmata saya, saat dia memujuk saya. Malam semalam terasa hati makin down sebenarnya. Apa nak buat teruskan menangis sampai pening. Ada kamu pasal saya?? kamu tentu sedang bersuka ria dan bahagia kan?? Saya?? kamu lempar derita.

Terima kasih atas keikhlasan hatimu menulis entry ini buat sahabat mu ini. Terkesan di hati, terubat jiwe. Sungguh amat sedih. wahai sahabat kata-kata mu indah, seindah hatimu. Bodoh lelaki itu kerana sungguh tidak menghargai pengorbanan mu. Sungguh aku merasa apa yang kamu rasa. Sakit dan perit kan?? namun mereka tak pernah melihat kita, namun tak pernah melihat susah payah kita.

Sama-sama kita sabar yer sayang!! sama-sama kita jaga hati kita, sama-sama kita berdoa agar Allah ubat hati kita dengan kasih-sayangNya. Saya pimpin tangan awk sama-sama kita jaga diri kita. Dia tak mungkin mengerti kepayahan kita menyayangi mereka. Yang hanya mereka tahu kita tak sempurna, kita tak cukup hebat, tak cukup baik. Takpe kita mintak ngan Allah jaga hati kita dan ikhlas kan hati kita yer.

Saya lebih rela bunuh awak dari awk bunuh hati saya

"Apa yang kakak selalu doa dalam solat kakak?" tanya bonda! "Kakak minta Allah jaga ibu ngan ayah, jaga adik-adik dan family kita bila akak dah mati! " wajah bonda berubah! hiba mungkin.

"Hati akak bagaimana sekarang?" tanya bonda lagi, "Hati kakak masih sakit bu! masih ase sisa-sisa kesakitan yang belum sempurna sembuh!!" "sabarlah mintak ngan Allah kuat kan hati kakak" Dia yang lebih faham.

Kekadang terlintas dalam hati, lebih baik saya bunuh awak dari awk bunuh hati saya macam nih!! huh!! saya tak sanggup hidup macam ni. Sungguh kekadang saya merasa diri terseksa. Tertekan macam nak tercabut nyawa. Perlu kuat!! perlu tabah wahai hati!!

Besarnya ujian hati yang Allah beri kekadang tak tahu nak hadapai macam mane lagi. Hari demi hari saya cuba kuatkan diri, Kuat kan iman tambahkan ibadah. Puasa dan ngaji menjadi rutin seharian. Nak kuat ! Nak Kuat! Nak Kuat!, dia JAHAT! dia JAHAT! dalam hati menjerit-jerit.

Apa pun yang terjadi saya hope kamu terima barang kamu itu dengan selamat. Kamu nak buang terpulangla. Sama macam kamu buang saya dari hidup kamu, kamu tinggal kan saya sendiri di tepi bustop, di tepi highway. Ya! saya ingat peristiwa hitam itu. Kerana dalam sendiri saya mengerti di mana saya di hati kamu.


Semoga Kamu bahagia dengan pilihan mu sekarang.




Sekian,





Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

No comments:

Post a Comment