Jom klik hearbeat

Thursday, March 29, 2012

No Matter What i Do


Assalammualaikum wbt..


Terasa berat kepala bila sudah bersantap. Hari ini saya berlajar bagaimana nak terima keadaan yang sememangnyer berat pada diri dan juga pada hati. Pesan bonda dan maksu amat saya teliti sedalam-dalam nya. Ya! totaly i'm losing separuh hati dan jiwa. Nak bingkas semula, saya perlukan seluruh kekuatan tenaga dan sekeringat usaha. Sungguh rasa sayang saya hilang sedikit demi sedikit. Rindu tetap bersarang dalam hati. Nak buat apa? Orang dah tak sayang kita. "Barangkali dia bukan yang terbaik buat kita, Tapi terbaik untuk orang lain", Teringat lagi kata-kata Ustaz Pahrol Md Juoi dalam penulisan beliau. Saya muhasabah diri, memang terkesan di hati.
Allahuakhbar!! dalam hati menjerit!!.

Gundah..Resah..Kecewa..Punah..Mati

Tak tahu nak buat apa, pagi-pagi usai bangun tido, pantas saja jari nih menekan nombor telefon BFF saya. Ya! hanya dia tempat mengadu! Hanya dia yang sudi mendengar keluh kesah dalam hati. Mujahadah Banyak-banyk Yong!! itu pesannya yang tak pernah saya lupa!! Ingat Allah banyak-banyak. Allah tu lebih tahu segalanya, sedangkan kita sendiri terbatas akal dan jangkauan pemikiran kita. Kita tetap hamba, DIA siapa? Dah tentu Allah swt. Qada' dan Qadar di tanganya, kita perlu sedar.

Sedar Kekurangan diri, rasa hati mahu mati.

Masih teringat kata-kata bonda, seraya mengingatkan peristiwa itu, hampir saya menitis air mata berkali-kali. Di usap-usap embun kepala saya, di peluk erat tubuh anaknya ini. Ketika sakit saya hanya ingat Allah, Ingat ibu, kadang-kadang saya mengadu, kekadang saya menangis. Waktu itu baru saya sedar di mana dia di hati saya?? di mana dia yang saya harapkan??. Tanda tanya yang cukup hebat untuk di debatkan. Ya!! saya akur Ya Allah.

Maaf itu Mudah di lafazkan, untuk melupakan amatlah menyeksakan!

Ya Allah bisakah hati ini mampu menahan rasa perit dan bisa yang sering di tanggung. Saya mampu maafkan dia, tapi melupakan apa yang terjadi hampir buat diri MATI. Sukarnya diri menerima Maaf. Mungkin mudah bagi orang lain, payah bagi saya.

Saya perlukan masa

Masa dan waktu seiring berjalan. Saya perlukan masa untuk lebih bermujahadah kepada Allah. Lebih kuat untuk berhadapan dengan segalanya. Sering mengingatkan diri biarpun sukar pasti Allah beri ruang dan jalan untuk lebih baik dan jadi yang terbaik. Saya cuba dan saya usaha InsyaAllah. Tuntun hati pada tuhan, moga-moga luka yang lama tersimpan bertukar menjadi bahagia..Nak bahagia..Nak Bahagia..Nak Bahagia sampai ke syurga.Ya Allah temukan aku dengan insan yang akan sentiasa membuatkan aku bahagia dan bersama-sama bermujahadah ke jalan Mu Ya Allah. Yang melabuhkan cinta dan setianya padaMu tuhan yang satu..


Moga Allah beri kekuatan untuk hari ini, dan hari yang seterusnya. Moga diri menerima erti Redha dan Pasrah. Sakit ini ujian, sakit ini nikmat dari Allah.


InsyaAllah, Saya usaha untuk lupakan semuanya, Usaha untuk jadi lebih baik untuk terima yang baik-baik dari Allah. Ameen




Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies.

No comments:

Post a Comment