Assalammualaikum wbt..
Forum Perdana Hal Ehwal Islam
Gembira, seronok dapat pegi Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Kem Perdana Sungai Besi. Dekat je ngan Umah saya.
Muka orang seronok beginila hasilnya
dan bila khusyuk beginilah haha (terlebey monyok pulak)
Alkisahnya..
"BFF" saya yang inform ada Forum Perdana Kat Dalam Kem Sungai Besi. Terlanjur nak pegi pelawa kawan saya Liza ikut serta, dia pun cakap Ok!! Alhamdulillah ada gak kawan teman g Kem Askar tu. Bukan saya tak biasa, tapi tahula kan dah nama Kem dah tentu ramai Abg2 Askar dlm otak pikir (gatal)...sentimen biase bila dah namenya bekas anak askar. haha sebab senario itu seakan selalu berlaku.
Sebelum Pergi Bonda saya siap berpesan begini :
"Hati2 bawak kete, jaga diri dlm Kem tu byk abg askar yg gatal2" haha saya cume mengangukkan pale saje. Ayah pulak hanya tersenyum.
So far perjalanan majlis berjalan lancar, tapi saya ngan liza dok kat tepi jalan je sebab tak dpt tempat duduk akibat Stadium Padang Kawad tu penuh.Tajuk Forum Generasi X dan Generasi Y ( generasi lama dan generasi muda belia) bagaimana nak mengatasi jurang antara mereka.
Maklumla panel2 hebat2 terdiri dari Ustaz Kazim yang popular ngan ceramah humor dan islamiknya, dan tak kurang juga bagi wakil dari ATM dan moderator terkenal dan yang tak asing lagi Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang memeriahkan Forum Perdana pada malam itu.
Abg Mp dan Berposing
Weewitt hehe
Bersyukur sebab Abg MP (Military Police) tu tak tahan kami mase nak masuk kem. Dan bersyukur pada Allah kerana memberi peluang untuk merasa nikmat kerana berada di "Syurga Dunia" yakni menghadiri Majlis Ilmu yang penuh barakah. Sempat posing2 tepian jalan bersama cik liza. Sangat Indah..(Idup ini Indah) kan.
Cik Liza
Sedangkan diantara keutamaan majlis ilmu itu sendiri telah disebutkan Rasulullah saw dalam sabdanya,”Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu dari rumah Allah swt lalu membaca kitab Allah swt, mempelajarinya diantara mereka kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, mereka diliputi dengan rahmat dan dikelilingi para malaikat dan mereka pun disebut-sebut Allah dihadapan hamba-hamba yang ada di sisi-Nya.”
(HR. Tirmidzi, dia mengatakan : Hadits Hasan Shahih)
Makan-Makan balik ceramah
Pulang dari ceramah kami kelaparan, jadi saya membawa Liza makan2 di satu kedai makan yang sedap di Sebelah Masjid di Cheras. Usai Makan dan kekeyangan kami pun beransur pulang.
Alhamdulillah..semuanya pulang dengan hati yang puas even dok tepi jalan je. Membawa balik ilmu yang baru di kutip buat santapan Rohani dan dapat lebih dekat ngan Allah dan lebih dan menjadikan diri lebih baik itu yang pasti.
Monolog PAB :“Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Mujadilah : 11)
No comments:
Post a Comment