Jom klik hearbeat

Saturday, March 31, 2012

Maafkan Saya??? Mudah nyer!!


Assalammualikum Wbt,


"Maafkan saya!!" ayat yang agak manis di dengar tapi pahit nak terima. Senangnya menutur maaf tanpa sedar apa yang jadi. "Saya berulang-ulang kali mintak maaf ngan awk tapi awk tak pernah nak maafkan saya, dan awk berdendam dengan saya!!" seandainya kamu tahu apa yang ada dalam hati saya alangkah baiknya. Berdendam?? kamu tetap tak berubah, payah kan nak berubah!! saya masih buruk, hodoh, busuk macam bangkai dalam hati kamu. Tak mengapalah saya tetap sedar saya tak pernah indah di mata hati kamu. Tapi tetap berusaha nak memperindah akhlak dan peribadi saya. Ya! saya sedang belajar untuk ke arah yang lebih baik. Belajar sehingga saya MATI.

Tanggungjawab seorang Kakak usah di pertikai!!

Hari ini demam melanda diri, bingkas juga bangun dari tidur menghantar adik ke Stadium Shah Alam seawal pagi. Letih, Lesu, tak terdaya, tuntutan tanggungjawab sebagai seorang kakak saya lunaskan demi memastikan adik sampai ke Perlawanan Bola Sepak Beliau dengan selamat adalah amanah yang harus di pikul. Membawa kereta dalam keadaan yang lesu amat meletihkan di tambah keaadaan diri yang tak berapa sihat. Sihat nampak dari luar, dalam hati?? Allah yang Maha Mengerti. Payahnye diri, Payahnya Hati. Ya! Tuhan aku amat lemah, amat perlukan tongkat, perlukan semangat untuk terus berjuang dalam hidup yang berbaki ini. Payahnya hidup ni!!
(merungut dalam hati).

Dan dulu saya juga pernah bersusah payah meredah highway semata-mata untuk kamu. Berkorban nyawa untuk kamu. Ada kamu kisah? sejauh mana pun saya sanggup demi melihat kamu. Tak ada yang sanggup meredah hujan panas, malam dan siang hanya semata-mata untuk kamu. Ya! Saya lah yang hina dan saya juga yang sering di lupa. Tak mintak duit sebagai balasan, cukupla kata-kata terima kaseh sebagai hadiah buat hati. Terubat segala penat lelah. Jauh di mata tetap dekat di hati. Penat tapi bahagia itu yang saya rasa sebenarnya. Tak ada insan lain yang sanggup berada di tempat saya. Bukan Takbur tapi itu hakikat!


Ade ke yang sanggup redah 12tgh malam jemput kamu? Ada? saya yang sanggup. orang lain tak kan nak redah bahaya kan diri. Tapi tak bagi saya. Redah kerana hati yang dah terpatri sayang. Dan akhirnya kerana sayang diri terabai, sakit terbiar, Luka hati terbias dengan penuh trajis.


Rintihan Hati.


Saya kagum dengan seorang sahabat yang senasib dengan saya, lalu saya kutip nasihat-nasihat beliau untuk saya jadikan panduan, untuk jadikan semangat pada diri,sering mendengar cerita-cerita tentang naseb yang sama di hadapi oleh sahabat sekeliling. Ya! sangat kejam betul mereka-mereka yang merosakkan hati dan jiwa kita. Jahat mereka kan?? takpe Allah ade kita pujuk hati kita supaya hati kita baik dari luka. Biar sempurna hidup kita semula.

"Allah sayang kita qies! Allah sayang qies sebab tu Allah uji qies" hampir meleleh airmata saya, saat dia memujuk saya. Malam semalam terasa hati makin down sebenarnya. Apa nak buat teruskan menangis sampai pening. Ada kamu pasal saya?? kamu tentu sedang bersuka ria dan bahagia kan?? Saya?? kamu lempar derita.

Terima kasih atas keikhlasan hatimu menulis entry ini buat sahabat mu ini. Terkesan di hati, terubat jiwe. Sungguh amat sedih. wahai sahabat kata-kata mu indah, seindah hatimu. Bodoh lelaki itu kerana sungguh tidak menghargai pengorbanan mu. Sungguh aku merasa apa yang kamu rasa. Sakit dan perit kan?? namun mereka tak pernah melihat kita, namun tak pernah melihat susah payah kita.

Sama-sama kita sabar yer sayang!! sama-sama kita jaga hati kita, sama-sama kita berdoa agar Allah ubat hati kita dengan kasih-sayangNya. Saya pimpin tangan awk sama-sama kita jaga diri kita. Dia tak mungkin mengerti kepayahan kita menyayangi mereka. Yang hanya mereka tahu kita tak sempurna, kita tak cukup hebat, tak cukup baik. Takpe kita mintak ngan Allah jaga hati kita dan ikhlas kan hati kita yer.

Saya lebih rela bunuh awak dari awk bunuh hati saya

"Apa yang kakak selalu doa dalam solat kakak?" tanya bonda! "Kakak minta Allah jaga ibu ngan ayah, jaga adik-adik dan family kita bila akak dah mati! " wajah bonda berubah! hiba mungkin.

"Hati akak bagaimana sekarang?" tanya bonda lagi, "Hati kakak masih sakit bu! masih ase sisa-sisa kesakitan yang belum sempurna sembuh!!" "sabarlah mintak ngan Allah kuat kan hati kakak" Dia yang lebih faham.

Kekadang terlintas dalam hati, lebih baik saya bunuh awak dari awk bunuh hati saya macam nih!! huh!! saya tak sanggup hidup macam ni. Sungguh kekadang saya merasa diri terseksa. Tertekan macam nak tercabut nyawa. Perlu kuat!! perlu tabah wahai hati!!

Besarnya ujian hati yang Allah beri kekadang tak tahu nak hadapai macam mane lagi. Hari demi hari saya cuba kuatkan diri, Kuat kan iman tambahkan ibadah. Puasa dan ngaji menjadi rutin seharian. Nak kuat ! Nak Kuat! Nak Kuat!, dia JAHAT! dia JAHAT! dalam hati menjerit-jerit.

Apa pun yang terjadi saya hope kamu terima barang kamu itu dengan selamat. Kamu nak buang terpulangla. Sama macam kamu buang saya dari hidup kamu, kamu tinggal kan saya sendiri di tepi bustop, di tepi highway. Ya! saya ingat peristiwa hitam itu. Kerana dalam sendiri saya mengerti di mana saya di hati kamu.


Semoga Kamu bahagia dengan pilihan mu sekarang.




Sekian,





Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Friday, March 30, 2012

Buat Sahabat Ku Syasya



Assalammualaikum wbt,

Ucapan dan nasihat ini khas buat mu sahabat.


Buat sahabat ku syasya,si pokok hijau ^__^
Ku sentiasa bersama mu
Thanks for this entry
Touching aku weii =(

Sama2 sedih,bila saya sedih
awk pun sedih, bila saya cite pasal
idup saya awk sentiasa kat sebelah
mendengar cite2 saya.

Saya memang slalu lemah,slalu kena buli,bab kawan2 ngan laki nih slalu failed sebab saya tak pandai nak berkawan sbnrnya..last2 saya kenal buli dan kena tinggal
huhu malang!! tu je yg bole kate.Awk ngan kak azie slalu protect mcm power rangers hehe

bila xde awk ngan kak azie
jadi terumbang-ambing
bercinta sume punah
hati sakit, air mata apatah lagi
berjurai2 mcm hujan..

Saya tak sekuat awk
setabahnya hati awak
sakit awk pendam, slalu wat2 mcm takde pe yg jadi padahal nangis dalam toilet berbaldi agaknya air mate bole tadah..haha saya ngan kak azie slalu ngumpat awk bila nampak mata awk merah.sebab kami faham mesti ade yang pedih dlm hati yang nak dkongsi dalam toilet tu.Pastu baru kami hehe ^__^.

Kunun2 mcm tahan airmta tapi bila saya tanya. terus kuar banjir
Ya! ni la kawan baik saya, daH kawin pun still mcm nih rupernya..

Be strong! ummi, pe2 pun terjadi ini pilihan awk dan qada dan qadar yang Allah berikan pada awk dan tak lupa juga buat saya, kadang2 kita tak harapkan orang balas jasa kita tapi,kita nak orang sayang kita ingat kita dalam hati dia.pandangla kita walaupun kita ni tak la seberapa sempurna.kan awk?? atleast kita dah berkorban untuk dia.Tapi bila dah tak nak buang kita camtu je (touching) sob..sob..sob..

Tapi kita sentiasa "update" diri kita cuba jadi yang terbaik di mata dia.Ya!! kita dah usaha sedaya kita,tak mengalah juga dan tak jemu2 tunggu.

Ape pun saya tetap kawan awk dunia akhirat, anak2 awak anak saya juga..hehe SAYA SAYANG AWK NGAN KAK AZIE SGT2 KERANA ALLAH.

Doakan saya dapat suami soleh yer!! ngeh..ngeh ^__^ tak soleh baik pun sudahla.Yang penting tak buli saya je..sayang saya dan jadi husband yang paling baik dlm idup saya..uwahh!! AMEEN..AMEEN..

Jangan sedih2 tau, saya sentiasa pinjamkan bahu saya nih utk awk!!





Sekian,


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Thursday, March 29, 2012

No Matter What i Do


Assalammualaikum wbt..


Terasa berat kepala bila sudah bersantap. Hari ini saya berlajar bagaimana nak terima keadaan yang sememangnyer berat pada diri dan juga pada hati. Pesan bonda dan maksu amat saya teliti sedalam-dalam nya. Ya! totaly i'm losing separuh hati dan jiwa. Nak bingkas semula, saya perlukan seluruh kekuatan tenaga dan sekeringat usaha. Sungguh rasa sayang saya hilang sedikit demi sedikit. Rindu tetap bersarang dalam hati. Nak buat apa? Orang dah tak sayang kita. "Barangkali dia bukan yang terbaik buat kita, Tapi terbaik untuk orang lain", Teringat lagi kata-kata Ustaz Pahrol Md Juoi dalam penulisan beliau. Saya muhasabah diri, memang terkesan di hati.
Allahuakhbar!! dalam hati menjerit!!.

Gundah..Resah..Kecewa..Punah..Mati

Tak tahu nak buat apa, pagi-pagi usai bangun tido, pantas saja jari nih menekan nombor telefon BFF saya. Ya! hanya dia tempat mengadu! Hanya dia yang sudi mendengar keluh kesah dalam hati. Mujahadah Banyak-banyk Yong!! itu pesannya yang tak pernah saya lupa!! Ingat Allah banyak-banyak. Allah tu lebih tahu segalanya, sedangkan kita sendiri terbatas akal dan jangkauan pemikiran kita. Kita tetap hamba, DIA siapa? Dah tentu Allah swt. Qada' dan Qadar di tanganya, kita perlu sedar.

Sedar Kekurangan diri, rasa hati mahu mati.

Masih teringat kata-kata bonda, seraya mengingatkan peristiwa itu, hampir saya menitis air mata berkali-kali. Di usap-usap embun kepala saya, di peluk erat tubuh anaknya ini. Ketika sakit saya hanya ingat Allah, Ingat ibu, kadang-kadang saya mengadu, kekadang saya menangis. Waktu itu baru saya sedar di mana dia di hati saya?? di mana dia yang saya harapkan??. Tanda tanya yang cukup hebat untuk di debatkan. Ya!! saya akur Ya Allah.

Maaf itu Mudah di lafazkan, untuk melupakan amatlah menyeksakan!

Ya Allah bisakah hati ini mampu menahan rasa perit dan bisa yang sering di tanggung. Saya mampu maafkan dia, tapi melupakan apa yang terjadi hampir buat diri MATI. Sukarnya diri menerima Maaf. Mungkin mudah bagi orang lain, payah bagi saya.

Saya perlukan masa

Masa dan waktu seiring berjalan. Saya perlukan masa untuk lebih bermujahadah kepada Allah. Lebih kuat untuk berhadapan dengan segalanya. Sering mengingatkan diri biarpun sukar pasti Allah beri ruang dan jalan untuk lebih baik dan jadi yang terbaik. Saya cuba dan saya usaha InsyaAllah. Tuntun hati pada tuhan, moga-moga luka yang lama tersimpan bertukar menjadi bahagia..Nak bahagia..Nak Bahagia..Nak Bahagia sampai ke syurga.Ya Allah temukan aku dengan insan yang akan sentiasa membuatkan aku bahagia dan bersama-sama bermujahadah ke jalan Mu Ya Allah. Yang melabuhkan cinta dan setianya padaMu tuhan yang satu..


Moga Allah beri kekuatan untuk hari ini, dan hari yang seterusnya. Moga diri menerima erti Redha dan Pasrah. Sakit ini ujian, sakit ini nikmat dari Allah.


InsyaAllah, Saya usaha untuk lupakan semuanya, Usaha untuk jadi lebih baik untuk terima yang baik-baik dari Allah. Ameen




Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies.

Tuesday, March 27, 2012

Berubahlah Kerna Allah..


Assalammualaikum wbt


Dalam beberapa hari ni mood agak tak berapa menyenangkan.Walaupun gambaran wajah di atas menunjukkan saya bahagia. Susah nak di ungkapkan ngan kata-kata, kenapa dan apa yang terjadi. Kehidupan tak selalunya indah seperti yang di harapkan. Bunyi macam 'frust' bukan itu saja, "frust" dengan diri sendiri yang kurang mendidik diri dengan lebih baik. Nak jadi baik kena banyak berkorban! kata seorang sahabat. Jadilah baik untuk diri sendiri dan untuk kehidupan yang seterusnya.

Susah ke nak jadi baik??

Susah bila kita tak buat betul-betul. Contohnya tak cukup solat Lima Waktu, tak rajin baca Al-Quran dan rajin puasa sunat, malah kita tak rajin buat ibadah. Pe lagi nak hadiri majlis-majlis ilmu. Sedihkan!! tapi itulah yang terjadi. Seboleh-bolehnya saya sedang berusaha untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang. Kenapa? dulu tak baik ker? bukan tak baik, tapi saya juga mengalami situasi yang sukar nak di jangka oleh akal, Yup!! i'm not really prefect yet!!. Masih lagi cuba mendalami ilmu dunia dan akhirat. Seimbangi ilmu dunia dan akhirat InsyaAllah kita tak sesat kata Atok saudara saya seorang imam masjid di salah sebuah kampung di Daerah Muar Johor.

Baju kurung Vs Jubah labuh

Saya bukan lah seorang wanita yang agak muslimah, baju kurung memang ada tapi serius tak banyak. Orang selalu kata pakai baju kurung tu manis sedap mata memandang, tapi ada segelintir kita pakai baju kurung nampak dada nampak betis, ada yang jarang ada yang ala-ala kain langsir. Kata bonda saya indahnya baju kurung bila di pakai mengikut syariat, asalnya baju kurung tu bukan ketat ikut badan tapi baju kurung adalah pakaian yang sangat longgar dan menepati ciri2 wanita melayu asli yang penuh adab sopan terjaga peribadi dan sesuai dengan identiti seorang perempuan islam. Saya sudah jatuh cinta dengan jubah, bukan nak berlagak alim atau nak lebih nampak solehah tapi saya rasa ianya mengikut syariat. Dari baju kurung saya alih pandangan family saya kepada jubah moden. Tetap sopan tetap indah.

Tudung Labuh.

Terdetik dalam hati, saya nak bertudung labuh kembali. Kembali?? pernah pakai?? jawapanya biarlah rahsia peribadi saya. Indah bila bertudung labuh, tutup dada tertutup pandangan orang tentang peribadi kita. Yer saya suka dengan perkataan syariat? sebab Nabi saw sentiasa berpesan pakai pakaian yang menutup aurat dan mengikut syariat. Islam kan indah, seindah hiasan adalah wanita solehah. Setuju?? hehe tepuk dada tanya diri sendiri.


Saya berkongsi cerita ini adalah moga-moga2 kita sama-sama meneliti pengisian yang amat berguna pada kita semua. Setiap dari kita mesti nak jadi baik dan lebih baik kan? tentulah!! ^__^ kan? maka tanamkan dalam hati, "SAYA BERUBAH NAK JADI BAIK KERNA ALLAH" nak sama-sama masuk syurga, nak sama-sama berbahagia dengan orang-orang yang kita sayang di syurga Allah. Tiada apa yang lebih indah selain mengingati apa yang Allah janjikan bila kita berusaha dan tekad ingin berubah.

Pengalaman saya sendiri pernah di herdik, di maki, di caci sewaktu diri sedang ingin berubah. Cuba membahagiakan, cuba untuk lebih ke arah kebaikan. Tapi sering di sambut dengan kata-kata yang memeritkan, saya akui saya hanya insan biasa, berubah untuk jadi lebih baik, di sambut dengan perubahan mata hati orang yang kurang senang. Bila dah berubah salah, bila tak berubah di katanya kita keji!.

Keji pada pandangan manusia tak semestinya keji pada pandangan Allah!! saya pasrah dan redha, mungkin ini ujian Allah nak beri pada saya. Nak berubah pasti byk ujian. TAWAKAL DAN DOA adalah sebaik-baik ikhtiar. Berubah jadi baik kerana Allah bukan kerana si dia atau orang lain.

Buat Apa Yang Allah suruh, Tinggalkan larangan Allah, Janji Allah adalah Syurga!!InsyaAllah. Usaha,tawakal InsyaAllah kita sama-sama ke sana. Ameen.


Semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan!! Ameen



Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies.

Monday, March 26, 2012

Nak Cari Cinta Macam Mane?



Assalammualaikum wbt,


Hye!! ^___^ sambil tersenyum lebar. Hopefully arini semua orang yang membaca blog saya happy dan bahagia kerana Allah. Saya masih dalam mood Hari Lahir. Pagi-pagi dah terkesima dengan kehadiran sekeping Kad Ucapan Dalam Laci(tempat simpanan barang dalam kereta). Unexpected!!. Apa pun thanks to my BFF yang berjaya buat saya lansung tak perasan benda alah tuh!! mesti kamu pelik kan? kenapa saya tak ucap "Thanks" lagi?? ^__^. Yer sebab saya tak jumpa benda tu lagi hehe. Anyway "Thanks A Lot!" saya amat2 hargai usaha kamu itu.
(Pic di atas dedicated for you!!)
mesti kamu tersenyum dan gelak2 sendiri bila tgk Kad kamu itu. Anyway comel kad tu tapi bukan orangnya. hahaha
(gurau kasar!)


Persoalan Bahagia sering orang bertanyakan pada saya?? ^__^ jawapan yang sering dan selalu saya jawab adalah "saya amat BAHAGIA even dalam hati ada sedikit DERITA".

Bahagia mendapat nikmat yang Allah berikan dalam ape jua yang kita terima. SYUKUR!!. Bahagia dalam melayari Cinta dan Kasih Sayang Bersama Allah. Ada yang bertanya saya pernah tak saya "Putus Cinta??" susah nak komen. Cuma leh kata pernah merasa "Kehilangan" hehe. Then Apa yang saya rasa?? dah tentu nikmat merasa "Kecewa" yer bohong la tak rasa apa-apa kan. Separuh hati dah di ragut kejam tanpa rasa ehsan dan tanpa rasa bertanggungjwab. Takpe Allah kan Ade moga2 Allah bagi Hidayah pada si empunya diri itu, (Dalam hati terselit benci) serius saya kadang2 merasa begitu dan sering begitu.

Takpelah saya selalu motivate diri dengan berkata "Jodoh Itu Rahsia Allah!!" kita kena yakin dengan janji-janji Allah.

Tapi nak cari cinta macam mana??

Carilah cinta DariNya, macam mane nak cari?? mintak la!! mcm mane nak mintak? kita orang islam kan? jadi senjata orang islam adalah dengan "Doa"..

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”. (Surah 40 : Al Mukmin : 60)

Maka, Berdoalah pinta lah dariNya Yang Maha Esa.InsyaAllah DIA lagi Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Semoga kan ketemu Pemilik Cinta Anda setelah Allah dan Rasul..


Sekian,




Salam Sayang Kerana Allah,

Puteri Amna Balqies

Friday, March 23, 2012

Salam Hari Lahir 23hb March 2012



Assalammulaikum wbt...

Terima Kaseh Atas Segulung Ucapan dan Doa Kalian Semua!!

Khas buat diri "Selamat Hari Lahir" Syukur Ke Hadrat Allah SWT kerana di panjangkan umur dan di beri pelbagai nikmat kehidupan yang amat besar dlm hidup.Buat bonda dan ayahanda TERCINTA terima kerana menjaga puterimu ini sehingga ke seumur ini. Buat adik2 dan adik2 angkat saya "Akak sayang kamu semua kerna Allah!" sama2 kita pelihara hubungan kita sehingga ke syurga!! Ayuh kita ke syurga!! =)

Sesungguhnya pertambahan umur adalah bukti yang Allah masih memberi peluang dan ruang untuk saya terus menambah ilmu dunia dan akhirat..dan bukti juga "Allah sayang kita semua!!" Alhamdulillah..

Semoga Allah memberi yang baik2 aje pada saya dan juga keluarga..Khas buat teman2 tiada kata yang lebih indah dari saya" Saya sayang kamu semua kerna Allah!!" terima kaseh atas persahabatan yang terhulur dan luhur dari anda semua.Kasih kita bukan setakat ini sahaja tetapi doa saya moga kekal sehingga akhirnya..Ukhuwah fillah!!

Selebar dan segunung tahniah juga buat semua teman2 sepejuangan yang bakal berkonvo bersama nanti dan sedang atau baru meyambung ke peringakat "Master" doakan saya juga sebaris dgn anda...Mari kita memperluaskan ilmu,menajamkan minda serta menambah ibadah sejajar matlamat kita sebagai khalifah di bumi Allah..

Sekian,

Salam Sayang kerana Allah

Puteri Amna Balqies

Monday, March 19, 2012

Otomen wira baru saya..

Assalammualaikum wbt


Otomen (Ultraman) nama asalnyer VS Buku


Semasa sibuk bersama kelaurga bagi menghadiri Hari Keluarga.Tetibe phone saya berbunyi (tit..tit)tanda ade sms masuk dari seorang teman. Tgk punya tgk dari BFF saya upernya.

BFF : Salam nak pesan beli ape2?? saya kat luar nih

Saya : Nak karton !!!

BFF : Ok (tapi tak tanye karton ape) hehe

Dan inilah hasilnya Taraaaaa!!!



cute kan..(Dok sebelah diam2 k) hehe

Semalam BFF saya hadiahkan saya benda alah nih. Mula2 tengok (terkesima) plus saya terharu seumur idup nih la firstime dpt kartun otomen. Walaupun mase kecik inilah hero kartun yang amat di gilai ramai budak2 sebaya saya era 90an. Masa tu saya sekolah rendah dan menetap di kuaters ATM lagi. Kerana mase tu benda alah nih famous sgt harga pun sgt mahal, jadi kami tak penah merasa memiliki kartun ni. Ayah ckp benda alah tu mahal. Baik beli makanan atau buku dari benda Alah yg tak berfaedah macam tu. Naluri si kecil hampa masa tu. Mainan sering di tukar ganti dengan bahan bacaan. Dan hasilnya saya sangat fanatik terhadap buku melainkan benda lain. Tengok kedai buku masuk itu perkara wajib. Pesta Buku terjah!!

Dan hasilnya ayah berjaya mendidik kami adik beradik berlajar ke tempat yang lebih tinggi. Ajaran Agama di didik, ilmu di beri dan hasilnya anak ayah nih berjaya mengemgam segulung ijazah.

Otomen dan rakan2



Sehingga lah mencapai umur sekarang ni haha..lawak tapi ini kisah benar. Baru dapat kumpul karton2 ni. Happy dan teruja. Bila dah ade kete penuh ngan karton bak kata adik saya mummy kepada anak buah saya Arissa Az-Zahra "Makyong dah leh Geng ngan Aisa la"..hehe nak wat mcm mane kan. Atleast Hati senang dan tenang.

Dan semua benda2 alah nih hadiah dari teman2 BFF tersayang..Time kaseh yer sebab sentiasa memahami dan melayan kerenah teman mu yang sorang ni.


Sekian..




Monolog PAB : Tinggal bapa hari lagi menjelang hari kejadian. Pantas sungguh masa berlalu!!. Moga2 Allah sentiasa memberi Rahmat buat kami sekeluarga dan juga buat anda yang setia membaca. Saya sayang kamu semua kerana Allah =)

Forum Perdana Hal Ehwal Islam..

Assalammualaikum wbt..

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Gembira, seronok dapat pegi Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Kem Perdana Sungai Besi. Dekat je ngan Umah saya.

Muka orang seronok beginila hasilnya



dan bila khusyuk beginilah haha (terlebey monyok pulak)



Alkisahnya..

"BFF" saya yang inform ada Forum Perdana Kat Dalam Kem Sungai Besi. Terlanjur nak pegi pelawa kawan saya Liza ikut serta, dia pun cakap Ok!! Alhamdulillah ada gak kawan teman g Kem Askar tu. Bukan saya tak biasa, tapi tahula kan dah nama Kem dah tentu ramai Abg2 Askar dlm otak pikir (gatal)...sentimen biase bila dah namenya bekas anak askar. haha sebab senario itu seakan selalu berlaku.

Sebelum Pergi Bonda saya siap berpesan begini :

"Hati2 bawak kete, jaga diri dlm Kem tu byk abg askar yg gatal2" haha saya cume mengangukkan pale saje. Ayah pulak hanya tersenyum.

So far perjalanan majlis berjalan lancar, tapi saya ngan liza dok kat tepi jalan je sebab tak dpt tempat duduk akibat Stadium Padang Kawad tu penuh.Tajuk Forum Generasi X dan Generasi Y ( generasi lama dan generasi muda belia) bagaimana nak mengatasi jurang antara mereka.

Maklumla panel2 hebat2 terdiri dari Ustaz Kazim yang popular ngan ceramah humor dan islamiknya, dan tak kurang juga bagi wakil dari ATM dan moderator terkenal dan yang tak asing lagi Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang memeriahkan Forum Perdana pada malam itu.

Abg Mp dan Berposing

Weewitt hehe



Bersyukur sebab Abg MP (Military Police) tu tak tahan kami mase nak masuk kem. Dan bersyukur pada Allah kerana memberi peluang untuk merasa nikmat kerana berada di "Syurga Dunia" yakni menghadiri Majlis Ilmu yang penuh barakah. Sempat posing2 tepian jalan bersama cik liza. Sangat Indah..(Idup ini Indah) kan.

Cik Liza



Sedangkan diantara keutamaan majlis ilmu itu sendiri telah disebutkan Rasulullah saw dalam sabdanya,”Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu dari rumah Allah swt lalu membaca kitab Allah swt, mempelajarinya diantara mereka kecuali akan turun kepada mereka ketenangan, mereka diliputi dengan rahmat dan dikelilingi para malaikat dan mereka pun disebut-sebut Allah dihadapan hamba-hamba yang ada di sisi-Nya.”
(HR. Tirmidzi, dia mengatakan : Hadits Hasan Shahih)

Makan-Makan balik ceramah



Pulang dari ceramah kami kelaparan, jadi saya membawa Liza makan2 di satu kedai makan yang sedap di Sebelah Masjid di Cheras. Usai Makan dan kekeyangan kami pun beransur pulang.


Alhamdulillah..semuanya pulang dengan hati yang puas even dok tepi jalan je. Membawa balik ilmu yang baru di kutip buat santapan Rohani dan dapat lebih dekat ngan Allah dan lebih dan menjadikan diri lebih baik itu yang pasti.



Monolog PAB :“Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Mujadilah : 11)

Tuesday, March 13, 2012

"Outing" Bersama Family Syasya

Assalammulaikum wbt.


(Dialoq Sebabak)

Syasya : " Awak esok free x? Jom g O.U (One Utama) ngan Mama ngan Adik saya.

Saya : " InsyaAllah Free je, nanti saya datang umah awak, lagipun lama sgt dah tak
jumpe mama awak kan.

Syasya : " Ok, kalau macam tu esok bawak kete awak bole? Lagipun wandi xde keje!

Saya : " Orait!! ok je. ,mane2 pn bole.


Minggu yang lalu saya berkesempatan melawat teman baik saya syasya. Selepas membantu ibu saya di gerai nasi lemak beliau, saya pun bersiap bertolak ke rumah syasya untuk membawa beliau dan family nya ke Pusat Beli Belah One Utama.


With Family syasya - tgk oni wat aksi nakal dlm kereta sorong nyer (comel)



Lama dah tak jumpa Mama Syasya atleast terlepas rindu pada insan yang lebih suka di panggil mama itu. Mama still yang sama tapi nampak dah semankin slim, hehe. Kata mama berkat bersenam dan bererobik tiap2 pagi di kampung itulah aktiviti beliau.

Setibanya di One Utama kami terus "decide" untuk makan di Kluang Station makanan di situ pun sangat-sangat sedap dan kena ngan selera tekak kami nih.


Syasya bersama Puteri dan Putera nya yang comel



Thanks adik syasya sebab belanja kami semua =)

Thanks juga buat sahabat sebantal saya syasya sebab sudi nak ngajak saya berjalan2 bersama family awak!! saya sgt (terharu) sob..sob..sob


"This Weekend" saya pulang ke Kampung. Kata Bonda saya Ada Majlis Perjumpaan Seluruh Ahli keluarga dan cucu cicit Family kami. (Bunyi mcm besar-besaran)


Lastly

Buat sahabat baik saya (BFF) yang nak ke Pantai Timur tu. Dengan ucapan Beli la ole-ole2 buat sahabat mu ini. Jangan balik ngan tangan kosong yer. hehe


Ok babai..




Monoloq PAB : Atleast hujung minggu tak teras sunyi. saya benci bila sunyi. sebab sunyi buat saya menangis.

Thursday, March 8, 2012

Selamat Hari Wanita


Assalammualaikum wbt


Salam Jumaat yang indah..


First of All, nak wish "Selamat Hari Wanita" buat bonda dan adik2 saya yang saya sayangi kerana Allah..


Kepada Diri Semoga Tabah untuk menempuh cabaran dan dugaan seterusnya. Jadikan pengalaman yang lalu satu pengajaran buat diri untuk terus maju.

Tahniah!! sekali lagi buat diri sendiri sebab bakal menjadi graduan dan mengenggam segulung ijazah. Tahniah jua buat bonda dan ayah terchenta kerana berjaya mendidik anakmu sehingga ke Menara Gading.


Lastly semoga diri terus mara ke hadapan dan lebih berjaya Ameen InsyaAllah..

Pesta Buku Islami 2 -Putrajaya




Assalammualaikum wbt..


Pada 3hb March 2012 saya telah berjaya merealisasikan misi ingin ke tapak Pesta Buku Islami 2 Di Bangunan Perbadanan Putrajaya Presint 3 Putrajaya. Mula2 misi hampir tak tercapai akibat "BFF" sorang tu xleh kuar. (kecewa) pada mulanya, but akhirnya adik saya dan suaminya bersetuju untuk merealisasikan impian saya ke sana.

First thing bila sampai dalam hati (Alhamdulillah)!! Misi tercapai..Dan sejurus itu cpt2 saya menghantar MMS pic banner kpd BFF saya dan beliau memberi ucapan "Tahniah!!" sebab dah berjaya dalam misi itu (Gembira)!! yeay!!..


Gerai-gerai Faveret saya..(TELAGA BIRU,PTS DAN MUSTREAD)





Buku-buku yang berjaya di beli



dan Novel Islami feveret saya dari (Ustazah Fatimah Syarha)yang latest!!




Nih yang paling best bila dpt jumpe (Ustaz Hafiz Hamidun) dari dekat.






And Lastly taraaa..Zahra pun ikut nih dah penat.



huhu teruja dapat pergi thanks to my adik and her husband sebab sudi menghantar kakak diaorang nih..


Monoloq PAB : Ade give special untuk BFF saya sian dia tak dapat ikut xpela kan InsyaAllah nanti collect yer!! . Misi seterusnya sedang dalam percaturan hati. Doakan moga2 misi seterusnya berjaya.