Assalammualaikum wbt,
Lama tak berupdate maklumla keadaan line broadband celcom yang jap wujud, jap tak wujud menjadikan saya tak terasa nak menulis. kisah sebabak atau berepisod.
Kisah ujung minggu berulit air mata, macam biasa la kalau tak berulit air mata memang bukan saya lah tuh. Ada suara-suara latar mengata saya suka berlakon menangis, berlakon? yang pasti dari kecik jiwa dan hati memang mudah begini. Kawan-kawan cakap kasar, saya diam mula-mula, tapi bila dah lebih-lebih memang la saya balas balik, ini realiti bukan main-main, kadang-kadang sabar kadang-kadang dah jadi tak reti sabar.
Mengimbas alkisah, di tahun 1 (Sekolah Rendah) bila mata di cucuk ngan pensel.
Bila jadi pendiam dalam kelas, mula la di buli macam-macam, pernah satu masa kelas matematik, saya ingat lagi, waktu tu sedang elok dok mengira, tiba pensel kayu saya telah di rampas dengan kejam oleh seorang budak lelaki namanya saya ingat lagi "Zamani Bin Abu Bakar", punya la benci kat budak lelaki tu sampai sekarang saya ingat nama dia. Huuuu..saya kalau dah tak suka jawabnya memang sampai mati la ingat si pembuli pensel tegar tu. Nak di jadikan cerita dia telah merampas pensel saya secara tiba-tiba, sebelum ni dia dah curi dah, dah pada hari terbabit dia telah membuat onar lagi.
Bila dah buat onar abeslah kan.
Akibat terlalu lama bersabar, maka terjadilah kejadian di mana budak perempuan berambut tocang berebut pensel kayunya. Hah!! abes si itam zamani tuh, mula-mula saya diam, eh! dia ejek-ejek pulak, diam lagi (sabar), klimaks nyer dia telah mencucuk mata kiri saya dengan pensel itu. Uwaaaa!! meraung sekuat hati sampai cikgu jadi tak tentu arah. Dengan sepantas kilat saya capai pensel box snow white berwarna pink yang besar tu hempuk kepala si itam zamani tu sampai dia menangis huh!! sape suruh cucuk mata den, abesla si budak tocang jadi hulk. Tragis!! tapi ini kisah benar di awal persekolahan. Bukan tak sabar, tapi bila dah cedera tak kan nak diam. Sampaila sekarang diam bila orang buat kita, tapi bila tak tahan memang la macam-macam kejadian aneh berlaku, aneh gak la bila dah macam-macam benda kuar dari mulut. Bila terasa di buli, diri harus di bela, pastu macam biasa nangis tak sudah-sudah sebab terlalu geram dan terasa orang yang membuli terlalu kejam.
Dan selepas kejadian itu, bonda kerap datang sekolah pantau anak daranya, yela asik kena buli je ngan budak laki, pensel di curi, kamus pun kena curi dan yang paling best beg sekolah saya di campak dalam longkang. Jahat kan. Tapi mybe sebab saya budak perempuan yang pendiam, sebab tu saya kerap di buli. Tapi akhirnya bonda gak yang baik hati teman sampai darjah 2 pastu saya dah mula berlajar berdikari. Ayah pula bila rehat je jenguk kat pintu kelas. Kebetulan ayah saya bertugas di sekitar Kem yang berhampiran sekolah saya. Dan sampai sekarang saya ingat lagi kisah di buli budak lelaki terbabit. Bila naik sekolah menengah ayah menukarkan kami 2 beradik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya, Jalan Pasar Pudu K.L, Ya! sekolah khas untuk budak perempuan sahaja. Mybe takut saya kena buli lagi kot hehe.
Lepas tu dah sekolah perempuan relax tak kena buli ngan kawan-kawan, tapi kena buli ngan adik sendiri. hehe. maklumla dia pengawas saya jadi mawas kat sekolah, nakal tapi aktif, pendiam tapi bila main bola jaring terjerit-jerit nak berebut bola. It was me ^__^
Apa pun kisah kecil saya mejadi sebuah kisah pengajaran buat diri saya. Ada masa saya pun tak sempurna gak, ada masa saya terleka dan buat salah jua, ada masa saya macam tak sedar saya buat salah besar, ada masa idup saya celaru jugak, ada masa idup saya macam tak indah dari berita, ada masa idup saya penuh derita.
Bila pulak idup saya ceria?
Bila ada yang sayang saya kerana Allah, sayang saya sebab saya, sayang saya sebab saya adalah saya, sayang saya sebab saya peneman bagi dia, sayang saya sebab dia perlukan saya idup di samping dia, sayang saya bila dia perlukan saya mencerikan idup dia. Ia itu adalah masa ceria dan bahagia saya.
Dalam diam saya sedang mencari bahagia yang hilang. Semoga Allah memberikan bahagia buat diri saya dan pulang berteman hati yang bahagia.
Duhai hati, sabar lah anda mungkin terasa sedih, tapi hati anda kuat! kuat lah demi si empunya diri.
Salam Sayang Kerana Allah,
Puteri Amna Balqies.
No comments:
Post a Comment