Jom klik hearbeat

Monday, April 30, 2012

Monoloq Sepi

 


 
 

Kadang-kadang nak jadi cam doremon
Boleh pergi mane-mane melalui laci hikmat
sungguh dah abes jauh dah ni berlari
Berlari mencari diri
Berlari mencari identiti
Berlari mencari hati yang hilang

Supaya

Jangan cari saya lagi dalam mimpi-mimpi
Jangan tegar menghancurkan hati lagi dalam sepi
susah kan nak berlari sendiri ni kan

Susah

Bila di kelilingi hidup yang sepi lagi derita
hilang diri dan hilang saudara
musnah segala impian cita-cita
musnah segala apa yang sedia ada

Mampu ke diri?

Ya Rabb, gantikanlah segala kedukaan ini
kepada kebahagian
jika masih tak bahagia
bukakanlah hati ini supaya menerima bahagia
 sesunguhnya hati tak mampu menerima
erti kecewa
erti duka
  erti sengsara

Kuatlah hati
Biarpun hanya sendiri melayari erti hidup
Jangan biarkan kehadiran mu untuk seketika
mematahkan segala kekuatan yang bisa bersisa 
pedih, hampa, dan duka

Jalanku sudah pasti berliku
Jangan di tambah lorong-lorong yang sedia gelap
sebab hati ini takut untuk menelusurinya nanti
kerana hati ini sudah terpaku dengan sepi
 

Salam Sayang Kerana Allah

Love AND Peace

Puteri Amna Balqies





Sunday, April 29, 2012

Bila Mata Di Tusuk Pensel

Assalammualaikum wbt,


Lama tak berupdate maklumla keadaan line broadband celcom yang jap wujud, jap tak wujud menjadikan saya tak terasa nak menulis. kisah sebabak atau berepisod.

Kisah ujung minggu berulit air mata, macam biasa la kalau tak berulit air mata memang bukan saya lah tuh. Ada suara-suara latar mengata saya suka berlakon menangis, berlakon? yang pasti dari kecik jiwa dan hati memang mudah begini. Kawan-kawan cakap kasar, saya diam mula-mula, tapi bila dah lebih-lebih memang la saya balas balik, ini realiti bukan main-main, kadang-kadang sabar kadang-kadang dah jadi tak reti sabar.

Mengimbas alkisah, di tahun 1 (Sekolah Rendah)  bila mata di cucuk ngan pensel.

Bila jadi pendiam dalam kelas, mula la di buli macam-macam, pernah satu masa kelas matematik, saya ingat lagi, waktu tu sedang elok dok mengira, tiba pensel kayu saya telah di rampas dengan kejam oleh seorang budak lelaki namanya saya ingat lagi "Zamani Bin Abu Bakar", punya la benci kat budak lelaki tu sampai sekarang saya ingat nama dia. Huuuu..saya kalau dah tak suka jawabnya memang sampai mati la ingat si pembuli pensel tegar tu. Nak di jadikan cerita dia telah merampas pensel saya secara tiba-tiba, sebelum ni dia dah curi dah, dah pada hari terbabit dia telah membuat onar lagi.

Bila dah buat onar abeslah kan.

Akibat terlalu lama bersabar, maka terjadilah kejadian di mana budak perempuan berambut tocang berebut pensel kayunya. Hah!! abes si itam zamani tuh, mula-mula saya diam, eh! dia ejek-ejek pulak, diam lagi (sabar), klimaks nyer dia telah mencucuk mata kiri saya dengan pensel itu. Uwaaaa!! meraung sekuat hati sampai cikgu jadi tak tentu arah. Dengan sepantas kilat saya capai pensel box snow white berwarna pink yang besar tu hempuk kepala si itam zamani tu sampai dia menangis huh!! sape suruh cucuk mata den, abesla si budak tocang jadi hulk. Tragis!! tapi ini kisah benar di awal persekolahan. Bukan tak sabar, tapi bila dah cedera tak kan nak diam. Sampaila sekarang diam bila orang buat kita, tapi bila tak tahan memang la macam-macam kejadian aneh berlaku, aneh gak la bila dah macam-macam benda kuar dari mulut. Bila terasa di buli, diri harus di bela, pastu macam biasa nangis tak sudah-sudah sebab terlalu geram dan terasa orang yang membuli terlalu kejam.

Dan selepas kejadian itu, bonda kerap datang sekolah pantau anak daranya, yela asik kena buli je ngan budak laki, pensel di curi, kamus pun kena curi dan yang paling best beg sekolah saya di campak dalam longkang. Jahat kan. Tapi mybe sebab saya budak perempuan yang pendiam, sebab tu saya kerap di buli. Tapi akhirnya bonda gak yang baik hati teman sampai darjah 2  pastu saya dah mula berlajar berdikari. Ayah pula bila rehat je jenguk kat pintu kelas. Kebetulan ayah saya bertugas di sekitar Kem yang berhampiran sekolah saya. Dan sampai sekarang saya ingat lagi kisah di buli budak lelaki terbabit. Bila naik sekolah menengah ayah menukarkan kami 2 beradik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Puterijaya, Jalan Pasar Pudu K.L, Ya! sekolah khas untuk budak perempuan sahaja. Mybe takut saya kena buli lagi kot  hehe.

Lepas tu dah sekolah perempuan relax tak kena buli ngan kawan-kawan, tapi kena buli ngan adik sendiri. hehe. maklumla dia pengawas saya jadi mawas kat sekolah, nakal tapi aktif, pendiam tapi bila main bola jaring terjerit-jerit nak berebut bola.  It was me  ^__^ 

Apa pun kisah kecil saya mejadi sebuah kisah pengajaran buat diri saya. Ada masa saya pun tak sempurna gak, ada masa saya terleka dan buat salah jua, ada masa saya macam tak sedar saya buat salah besar, ada masa idup saya celaru jugak, ada masa idup saya macam tak indah dari berita, ada masa idup saya penuh derita.

Bila pulak idup saya ceria?

Bila ada yang sayang saya kerana Allah, sayang saya sebab saya, sayang saya sebab saya adalah saya, sayang saya sebab saya peneman bagi dia, sayang saya sebab dia perlukan saya idup di samping dia, sayang saya bila dia perlukan saya mencerikan idup dia. Ia itu adalah masa ceria dan bahagia saya.

Dalam diam saya sedang mencari bahagia yang hilang. Semoga Allah memberikan bahagia buat diri saya dan pulang berteman hati yang bahagia.


Duhai hati, sabar lah anda mungkin terasa sedih, tapi hati anda kuat! kuat lah demi si empunya diri.


Salam Sayang Kerana Allah,
Puteri Amna Balqies.

Thursday, April 26, 2012

I don't want to go home right now!!



Assalammualaikum wbt

lebih baik jauh dari semua orang dari berhadapan dengan perkara yang agak rumit di debatkan




Sometimes it's better to be alone, because when you're alone,

no body can hurt you.


Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati.

Adam, 

aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

(credit : petikan dr. iluvislam) 


biakan aku sendiri melangkah, mengharungi kehidupan yang hakiki, hakikat kebenaran bukan mudah di lafaz dengan kata-kata. Mungkin ianya hanya mampu di tafsir melalui hati. Sukar tapi ianya realiti.

Mudah nak lihat tapi sukar nak capai. Mudah di kata tapi tidak untuk di luah.


Tak faham? hanya yang mengerti lebih memahami. Siapa?

Yang Maha Adil dan yang Hakiki.


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies.



Thursday, April 19, 2012

Perodua 1

Assalammualaikum wbt


Salam Jumaat yang penuh barakah,

Hari ini saya mahu ke Pusat Servis Perodua Balakong. Meter dah sampai ke 10,000km dan dah terlebih dah pun, so sebelum apa-apa jadi dan berjalan lebih jauh ianya perlu di servis mengikut penjadualan yang telah di aturkan. Maklumla saya nih bukan tahu pe pun pasal kereta. Tahu pandu je. Sometimes ada jugak tanya-tanya dan study sikit-sikit dari orang yg lebih mahir. Atleast ada effort nak bertanya pasal kereta-kereta nih. hehe even takde pun study pasal enjin-enjin ni.

Maklumlah saya budak management bukan budak mekanikal  ^__^ peacee !!

So, today kesihatan pun tak berapa baik. Dalam beberapa hari ni keje bergelumang dengan ubat-ubatan. Stress pun bertambah. Lagi-lagi pada orang yang tak memahami keadaan.

So sorry kalo ade yang terkena marah atau kena angin sepoi2 kena marah. Orang tak sihat lagi kan nak ajak bergadoh memangla sengal namanya.

Apa pun kaki harus melangkah, hidup perlu di teruskan. memang tak sihat tapi tak sihat pun still kena bekerja kan. Larat kan jugak. Mahu atau tidak jawapannya HARUS. Next week saya kena attend interview. Today dah dapat call dari company ni. Sejak habis belajar lagi saya dah dapat offer but sebab terlalu sibuk dengan kerjaya sekarang saya lebih memilih untuk menukar kerja. But this offer for me amatlah baik. Sangat-sangat bersesuaian dengan kelayakan saya. They wanted me to be School Consultant Officer dan bekerja di bawah falkulti.  Lebih berat dari jawatan sekarang Admin Executive. Risau, Gusar, dan Excited !! semua rasa dalam hati ni. Tak tahula macam mane nantikan cerita seterusnya nanti.

Bak kata adik saya "Sediakan tapak sebelum bergerak ke tapak yang lain" GOOD LUCK KAKLONG!

HEHE thanks sebab always bagi semangat.InsyaAllah saya akan mencuba.

 

#  memakai jubah konvo yang lalu bagi menaikan semangat di hari jumaat hehe  #


Pantas masa berlalu, dah nak bertugas ke tempat baru, Ya Allah murahkan rezeki ku dan tabahkanlah hatiku. Ameen.

Monoloq PAB : Agak-agak opis baru ada masa nak main FB dan Update Blog tak?? Hopefully  ^__^



Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Mahu Jadi Ustaz untuk Dapat Ustazah..

Assalammualaikum wbt

Akhir-akhir ini hampir setiap hari saya menerima khidmat pesanan ringkas SMS dari Hamba Allah tu. Lebih terkejut dia dah mula hantar sms yang berbaur hadis-hadis nabi pulak.

Dari sms fitnah dan berbaur hina, nih dah tukar pulak sms ke bentuk lebih keagamaan. Insaf ape? ntahla suke hati kamu la. Malas nak melayan dalam hati dan diri di rundung kesakitan. Hope dah insafla kan.

Ke dah jumpa ustazah mana pulak, buat dia berubah pulak jadi baik. Tetiba sebab nak dapat ustazah jadi terus terjun jadi imam atau pak ustaz. Adeii bole ke camtu? biarlah janji kamu bahagia sudah.

Ustazah and Ustaz  sesuailah, Askar kawen ngan ustazah. Meriah dunia pertahanan moga-moga lahir para perjuang yang hebat-hebat.

Today life takdelah hebat sgt, still sedang berjuang untuk hidup, sakit pun kena makan, kena kerja, kena kuat untuk menghadapi hari-hari yang bersisa. Biarpun kadang-kadang muncul sms yang kununnya nak sedapkan hati.

Bak kata adik Munir ( adik kepada seorang teman)

"Nampak je cam happy tapi sebenarnya takdela happy sangat"  ^__^

saya tetap wat bodoh je. SMS la berduyun-duyun pun saya dah takde perasaan nak layan kamu dengan sifat-sifat kebaikan. BELAJAR DARI APA YANG TERJADI PADA DIRI, TIDAK SEKALI MEMBIARKAN HATI TERUS TERBIAS DENGAN PERASAAN-PERASAAN YANG LEBIH-LEBIH.

Peringatan pada diri sentiasa ada, acap kali tulih dalam dairy pesanan buat diri agar tidak merosakkan hati sendiri lagi. KECEWA tu DERITA. Lagi di layan perasaan tu lagi bertambah HAMPA.


Tidak mudah tersenyum ketika hati MENANGIS dan TERHIRIS.. tapi akan terasa indah ketika kita menyedari itu sebahagian dari kasih Ilahi agar Allah memindahkan KEBAIKAN-KEBAIKAN orang yang menyakiti kita..

TIDAK MUDAH diri untuk bangkit dalam KEKECEWAAN.. tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cintaNya agar kita terus KUAT dan TABAH..

Tidak mudah memaafkan ketika kita DIBENCI dan DIHINA tapi ketahuilah dengan KEMAAFAN itu, hati akan menjadi lebih ikhlas untuk mengharap REDHA Ilahi.. .♥   -SKCDM-




Salam Sayang Kerana Allah  ^__^
Puteri Amna Balqies 









Wednesday, April 18, 2012

BUNCIT is COMEL ^__^


Assalammulaikum wbt..


Saya terjumpa kata-kata nih dalam FB adik saya

Seyes saya tergelak, but ayatnya  "sweet"

Mybe adik saya suke ayat di atas sebab hubby dia pun dah membuncit

Buncit di perut mybe sesetengah orang pompuan suke sebab cute kot


hahaha  ^___^  bole jadi bantal sambil bermanja-manja atas perut cik abg syg

Pernah seorang teman mengajukan soalan begini :

" weihhh ko suke tak kalo laki ko nanti perut bulat? "

lalu saya pun menjawab  :

" Aku tak kisah sgt kalo sok-sok bakal hubby aku perutnya sedikit bulat "

" Aku terima dia seadanya, nanti aku belikan dia GEL HALIA MUSTAJAB, leh soh dia kempiskan perut dia "

" Tapi kalo sekiranya perut dia bulat2 biase je aku tak kisah pun, janji dia syg aku hehe "

( sambil buat muke comel   ^___^ )


MUNGKIN BOLE JADI INI FAKTA

Ramai perempuan suke suaminya berperut bulat, sebab ramai yang kata comel  ^___^ 

Tapi saya tak tahula ada yang kata mereka ini romantik ???  -__-


YEKE ?? ermm apa yang saya tahu manusia nih berbeza-beza perwatakan dan tingkah laku

Ape pun citarasa kita ni mybe berbeza-beza mengikut individu itu sendiri
 

Tapi lelaki memamg kurang selesa bila perut mereka mulai membulat dengan TEGAR

Ini fakta dan mengikut pengalaman saya hehe ( pengalaman ?? ) hehe  CITE LAME sila abaikan malas nak stori mori kat sini peaceee  ^__^



BUNCIT TU SEBENARNYA TANDA DIA BAHAGIA DENGAN ANDA

DULU KALAU DIA KURUS MYBE DIA KURANG KASIH SAYANG

BILA JUMPA ANDA DIA SENANG HATI DAN MAKAN PUN LALU SEMACAM JE

SAMPAI ANDA KAT SEBELAH PUN DIA TERLEPAS PANDANG 

HEHE   ^__^

HARGAILAH DIA EVEN DIA BUNCIT 


DAN LAHIRKANLAH RASA SAYANG YANG TAK BERBELAH BAGI PADA DIA 


DARI ANDA KENAL DIA MASA DIA "SLIM" DAN " MEMBULAT"

DAN KATAKAN PADA DIA BULAT TU COMEL

MESTI DIA MALU-MALU DAN SUKEEE HEHE  ^__^

memandai je saya nih kan ??? 


ok daaaaaaa 



Salam Sayang Kerana Allah 
Puteri Amna Balqies




Galaxy Note Versi Pink Color




Assalammualaikum wbt


Biarlah gambar yang mentafsirkan pe yang tersirat di hati huhu


Nak request pada bonda dia dah adiahkan saya sebiji Myvi sangat mahal dari yang di atas


waaaa ( sambil gigit jari ) pejam mata  -__-


SAMSUNG GALAXY NOTE PINK COLOR

terkesima dan jatuh cinta pertama kali memandangnya

kenapalah keluarkan warna pink, dah la fanatik dengan warna nih

teruja..teruja...sabo jela

dah tentu lebih best dari yang lain

canggih lagi hebat


 takpelah lom ada rezeki nak pakai yang ini


setialah pada yang ada di sisi


Galaxy Mini White Color anda sentiasa berbakti


^____^



 
 

Tuesday, April 17, 2012

Pre-Konvo 2


#  Video suke-suki di hari Raptai Konvo ^__^  #


Assalammualaikum wbt.

Hari ini demam datang lagi. Mata membengkak akibat kejadian semalam. Bukan demam je mencurah-curah air mata berjurai-jurai tanpa di paksa. Kepala sakit membengkak. Muka hari ni sembab dan membengkak. Aduhaii sian diri. sabarla selagi nyawa masa ada. Kuatkan diri. Gagahkan hati.

Pre Konvo 2

Raptai lalu pada 13hb April 2012, sehari sebelum majlis konvokesyen berlansung, pelajar dari semua falkulti di kehendaki hadir pada majlis tersebut, termasuklah saya. Bertempat di Dewan Utama Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC Putrajaya. Dengan mengunakan khimat GPS saya sampai ke PICC Putrajaya dengan selamatnya. 2.30ptg acara berlansung dengan penuh istiadat konvokesyen yang sebenar. Terasa bangga bercampur sedih dan terharu. Akhirnya saya memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan Pentadbiran saya yang pertama, selepas memiliki Diploma Teknologi Maklumat pada 2006 yang lalu. 

Tahniah pada diri, akhirnya terbukti kecekalan hati untuk menakluki ilmu yang di cari Alhamdulillah..

Teman-teman semuanya bersemangat, di atur kami mengikut falkulti, saya bernaung di bawah Falkulti Perniagaan dan Perngurusan. Tatkala melangkah masuk satu persatu di ikuti lagu mengiringi keberangkatan masuk para graduasi hati tiba-tiba sebak mengenangkan pelbagai dugaan sepanjang saya menuntut di sini. Kuala Lumpur Metropolitan University adalah tempat di mana saya mengharungi jerih payah bagi mengenggam segulung ijazah. 

Sejarah bermula saya mendaftar belajar di KLMU setelah saya sudah menjawat jawatan sebagai Eksekutif Pentadbiran di salah sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya. Habis pulang dari kerja sekitar jam 5.00ptg, saya terus bergegas ke tempat belajar bagi mengikuti kelas yang bermula pada pukul 6.15 sehingga 9.15 berikutan saya salah pelajar "Partime" (sambilan) yang waktu pembelajaran nya di sekitar waktu di atas. Dari satu Tren Putra bertukar pula ke Tren Star, dari satu anak tangga saya rempuh, hujan dan panas saya redah. Kadang-kadang tercungap-cungap berlari untuk mengejar masa ke kelas. Dan akhirnya berjaya juga saya mengakhiri perjalanan menempuh onak dan liku selaku seorang pekerja dan pelajar. 

Bukan senang untuk mengecapi segala impian yang di impikan, pelbagai rasa suka,sakit,derita dan duka di rasai, pelbagai perasaan di hancuri sepanjang menjalani kehidupan bergelar pelajar. Bak kata pepatah

"Jangan berumah di tepian pantai jika takut di landa ombak" 

Jangan takut akan dugaan dan cabaran jika inginkan kejayaan, Belajar mengunakkan penglihatan dan belajar memahami erti kehidupan. Sukar memang sukar. Wajar jadi sukar, kerana kita PELAJAR.

Berkat doa ibu di kala dalam kejatuhan di semester akhir, saya terlantar di rumah selama seminggu tatkala saya perlu hadir untuk menduduki peperiksaan semester akhir. Namun berkat doa dan semangat ibu saya, saya gagahkan jua pergi menduduki peperiksaan semester akhir itu. Dan syukur alhamdulillah saya berjaya mendapat keputusan yang baik.

Terima kasih buat Ibu, Ayah, adik-adik, tenaga pensyarah, espeacially buat miss aishah yang banyak membantu saya ketika saya sakit, tak lupa juga pada Dekan Fakulti yang sedia membantu, juga buat teman-teman sepejuangan yang saya amat sayangi. Kenangan sekelas bersama anda akan terus terpatri di dalam hati.


#  Bersama classmate hezy dan amy #



#  bersama coursemate natasya  #



#  Hero-hero dan bapak-bapak orang merangkap classmate Raja, Fariz dan Luqman  #




Monoloq PAB :  Pulang dari Raptai, hati di sakiti dengan limpahan sms yang mengundang tragedi ngeri.


SEKIAN  ^_____^


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies


Madu berbisa



 # bersama bonda di hari bahagia, kuat nak pergi pun sebab bonda,senyum pun sebab bonda #


Assalammualaikum wbt.. 

Lama rasanya tak update blog, mood nak menulis seringkali terganggu. Mood yang lain pun sama jugak. Beberapa hari yang lalu hampir-hampir nak kena langgar ngan lori akibat tindakan di luar kawalan. Kalau kena langgar memang abes kat situ jugak. Gara-gara hati yang sering tak di jaga. Bencila rasa semua nih. Apa nak buat dalam kita sibuk nak membalut luka, ada pula yang datang tiba-tiba terjah macam nak lenyek hati balik. Sungguh sakit jiwa di buatnya. Menangis tu wajibla kan. Apa lagi benda lain. Malam tu nekad! hati sepakad tapi Allah tak berkati mungkin. Adik jadi menyelamat. sabar lagi. sungguh rasa macam nak mati. 

Memang kamu tak pernah berlajar untuk memahami dan belajar untuk mengerti. Hati Kayu! benci kamu. Malam sebelum konvo macam-macam jadi. Dalam diam byk perkara yang trajis berlaku. Allah Maha Tahu itu saja yang boleh mengambarkan sesuatu. Hadir kamu menlengkap segala pedih dan menambah perisa tambahan dalam hati. Hati ni dahla sakit, lagi tambah sakit. Tak tahula dah jemu nak rasa macam-macam. Seakan putus asa nak teruskan perjuangan. Tapi bonda dan adik-adik tak puas memujuk hati. 

Kamu? menjengkelkan hati saya. Tak sudah-sudah benci tahu tak? "sayang pada yang sayang kan kita kakak" kata bonda, "biarlah ianya berlalu maafkan jika dia perlukan maaf darimu anakku". "Mana tahu dia sayang kamu dan memerlukan kamu di saat ini". Ah !! tidaklah bonda, sayang anakmu amat jauh untuknya. Cinta anakmu terasa asing untuk dirinya lagi. Jauh bonda..jauh sgt tak sampai lagi kat hati.

Anak bonda hampir kehilangan nyawa kerana dia. Namun bonda masih mahu dia hadir dalam hati anak bonda. Bonda maaf mungkin jadi satu kebarangkalian yang sukar untuk diri saya beri padanya. Payah memang payah, susah memang teramat susah. 

Dia tak faham hati anakmu bonda, dia ego bagai di kata. Maaf anakmu tak semulia hati bonda. Anakmu benci dia kerana dia hancur separuh diri anakmu. Hati anakmu rosak di carik-carik. Tak mudah yang di sangka untuk mengukir maaf dan menerima.

Terima itu satu padah dan saya terpaksa berjuang dengan perasaan lagi. Susah tau tak. senang yang orang nampak, tapi susah bagi empunya badan yang terima. Memang nampak bahagia, jalan beriringan, tapi hakikatnya Allah Maha Kuasa. Dia  "happy" saya?  Mati.

"Saya sayang awak lagi !!! saya rindu awak sebenarnya"  

Simpulan ayat manis tak terkata, macam di limpah-limpah gula di tabur pula madu. MasyaAllah manis bercampur madu. Madu tu manis tapi bila dah letak cuka rasa apa? masam campur manis campur pahit. Habis madu sepah di buang bak simpulan peribahasa. Senangnyer nak menulis indah berkata-kata tanpa sedar kamu hantar racun berbisa. 


# Money cannot buy Happiness, Money cannot buy a Love.



Salam Sayang Kerana Allah 
Puteri Amna Balqies





Tuesday, April 10, 2012

Selsema Konvo..



Assalammualaikum wbt..

Senyum tanda happy ^___^ menangis tanda bersyukur pada Allah SWT yang memberikan umur yang panjang buat diri pada hari ini. Alhamdulillah.

Saya masih di "mood" Konvo. Orang dah abes belajar kan inilah masa yang di nanti-nanti.

Tetiba malam nih selsema melampau. Entah macam nak demam je balik, terasa dah lama tak kena asthma. Tetiba simptom-simptom nak wujud kembali. Tapi doktor kata bila dah besar dia akan hilang, tapi saya dah cukup dewasa dah. Dan hari ni macam nak kena semula. Janganlah diri kamu kena kuat tau!! ^__^

Allah punya kuasa, really mcm nak demam. Sabar jela.

Anyway esok cuti umum.

saya nak berehat di rumah, nak cuci kereta yang dah seminggu tak basuh sian dia dah comot. Dan nak habeskan membaca Al-Quran dan ulangkaji tafsir.

Jumaat nih raptai penuh konvo saya pukul 2.30ptg kat PICC Putrajaya. Yer berdebar-debar perasaan nak konvo nih, even before this saya dah pernah konvo. Kali ni lagi special sebab saya konvo degree dan buat kat tempat yang lagi grand.

Seronok bercampur hiba itu yang saya rasa sekarang ni. Semoga Allah permudahkan segalanya berjalan dengan lancar. Amin




Salam Sayang Kerana Allah,
Puteri Amna Balqies

Sunday, April 8, 2012

Pre Convo PART 1.


Assalammualaikum wbt

Testing..Testing..Testing !!! berat jugak kepala pakai benda alah nih. Tapi Happy dapat jugak merasa pakai buat kali kedua Pertama
( Diploma ) and second time nih time ( Degree ). Syukur Alhamdulillah berkat usaha dan doa ibu bapa serta kawan-kawan akhirnya saya sampai juga di tahap yang amat membanggakan. Thanks to Allah for give me such a wonderfull life even adakalanya dugaan sentiasa hadir dalam hidup ini.

Alhamdulillah semalam sempat mengambil "Robe" (Jubah Konvo) kat Kampus. Perasaan "excited" bila mereka menghulurkan robe kepada saya dan mengatakan "Congratulation!" Yes!! dah konvo jugak saya rupanya. Secara peribadinya sedih + gembira + excited nak pakai "time" konvo nanti. Dah "testing robe" maka saiz M sesuai untuk saya berbanding saiz asal robe bersaiz S mengikut kekecilan diri. Tapi bila pakai saiz S senteng! so yang lebih sesuai dah selesa adalah saiz M.

Tudung dan baju rasmi untuk konvo telah pun saya beli. "Image" kasual dan kemeja jubah moden muslimah dan Pashmina Purple adalah pilihan saya untuk upacara rasmi terbabit. Thanks! to my BFF yang tak jemu-jemu teman saya pergi mana-mana semata-mata nak cari Pashmina Purple tu. "Really appreciate your sacrifice". Hanya ucapan tanda terima kaseh dan doa buat anda sebagai tanda sokongan saya yang tak berbelah bagi untuk menaikkan semangat anda juga bagi mengikut jejak-jejak saya kemudian.

"Takpe tak lama lagi kan. 2tahun je lagi". Relax ^___^


And, this Friday Full Rehearsal Convocation Ceremony Kuala Lumpur Metropolitan University, will be held at Main Hall PICC, Putrajaya on Friday 13 th April 2012. All students must be able to attend on a full rehearsal involved. So, this Friday ambik off day. Nak terjah Putrajaya tu pun satu cabaran gak. PICC tu ntah manalah tempatnya. Mahu sesat menyesat kat situ kang. Pegi awal adalah cara yang terbaik untuk megelakkan kesesatan jalan hehe.


Btw, SELAMAT BERKONVO KAWAN-KAWAN!! ^__^



Sekian,



Salam Sayang kerana Allah,
Puteri Amna Balqies

Friday, April 6, 2012

Setitik Air Mata Perempuan.. Renung-Renungkan Wahai Lelaki



Assalammualaikum wbt.


Terkesima bila menatap handphone lama kepunyaan saya. Nombor talian celcom saya yang lama saya buka. Dah bapa lama nombor itu tidak teraktif. Kehadiran beberapa "misscall" tertera di muka telefon. Antaranya dari "si dia" yang banyak melukakan hati saya.

Kebetulan semalam saya tak berapa sihat lalu berehat-rehat. Akhir-akhir ini masalah kesihatan cukup amat membimbangkan. Maka saya lebih suka berehat dan melapangkan-lapangkan fikiran sambil menonton cerita "Korea" yang berepisod-episod di Channel 393 Astro One.

Tetibe terpandang handphone lama ( terkejut macam nak nangis!!)

" Ko nih pegi mana tak angkat phone! Pegi Dating ker? Lelaki mana pulak ko ngorat kali nih.Ingat ko baik sangat ke leh masuk SYURGA!" sms tanda tak puas hati di terima!! selepas taliannya gagal saya terima.

Marah, terasa hina, macam nak baling selipar kalau ikutkan hati yang marah. Yang pasti sms itu membuatkan saya meluat ngan perangai lelaki macam ni. Cermin la diri kamu sendiri wahai Incik Tuan yang angkuh lagi bongkak. Pandai pulak marah bila perlukan sesuatu, bila "time" saya nih perlukan kamu, kamu buat bodoh selamba kamu je kan? pastu bila saya terlepas pandang kamu, sibuk pulak nak mengata saya.

Fitnah itu lebih berat dari membunuh!! ada FAHAM?? ke tak baca Al-Quran, atau banyak sangat buat jahat sampai lupa nak jaga mulut.

Kalau mulut saya nih tak beradab, Maaflah dah tak leh nak beradab dengan orang yang banyak menghancurkan hati saya. Dendam adalah, nak saya baik ngan awak, sila la jaga mulut awak sebelum awak nak saya jaga mulut saya. Lidah awak tu lagi berbisa dari gigitan ular!!

Saya tak sihat jadi saya malas nak bercakap dengan orang yang sentiasa pandang buruk kat saya. Demi Allah saya bukan sengaja tak angkat tapi kalau ada pun panggilan dari anda sebolehnya saya kuatkan hati tidak mahu menerima panggilan anda. Bukan nak balas dendam tapi memang BENCI nak angkat!

Hati bila dah binasa maka rosaklah lah segalanya. Berubahlah jadi orang yang lebih terdidik dengan sabar. Saya marah kamu sebab kamu tak sedar silap kamu. Mudah meminta maaf tapi menghina lebih banyak dari faham perasaan orang. Lebih banyak sambil lewa dari belajar bertanggungjawab. Pikirlah !! jangan jawatan je besar tapi otak tak pikir luas-luas. Bukak minda tu luas-luas jangan jadi orang dewasa yang kurang cerdik. Dah tua pun Incik Tuan bukan budak kecik.

Sedarla esok belum tentu nyawa kamu tu panjang, banyak berbicara benda yang remeh dengan kamu mengundang sejuta perasaan sakit di hati saya. Ya!! saya bukan yang terbaik, tak solehah, tak sempurna di mata kamu. Tapi saya berusaha untuk jadi lebih baik. Kalau kamu tahu erti cemburu dan marah, Abes saya nih takde perasaan ker? Ingat saya nih batu. Saya pun manusia jugak ade perasaan.

Dah pendam lama-lama jadi perkasam dan masam kemudian leh buang kat tong sampah. Macam tu ibarat diri saya sekarang ni. Blog nih yang dahulunya jadi medan suka-suka berkongsi cerita-ceriti, bertukar Medan Berperang dengan luahan perasaan. Nak marah saya marah la dah memang hobi kamu pun. Tak kan larat nak halang!!
Carry on Sir!!

Mulut dah ade ulser. Lagi tambah derita bila tetiba ada orang fitnah. Saya elok-elok dok umah menambah ibadah. Sedap mulut tabur fitnah. Bukan berseronok ngan lelaki kat luar sana tu. Bukan macam kamu berseronok berkepit ngan betina-betina kat luar tu. Ishh!! menambah dosa bukan tambah pahala.

Ingat ni, SYURGA ITU ADALAH TEMPAT BAGI ORANG-ORANG YANG DI DALAMNYA YANG HEBAT-HEBAT, UNTUK MASUK SYURGA KITA PERLU JADI YANG HEBAT UNTUK BERADA DI DALAMNYA.

NAK MASUK SYURGA MACAM MANA? NAK JADI HEBAT MACAM MANE?

ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya kelak adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke syurga berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan atasmu, berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Surah az-Zumar, ayat 73).

Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi, golongan syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan ulama, orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya. Dalam erti kata lain setiap orang sesuai dengan kumpulan mereka.Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Aku mendatangi pintu syurga pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk tidak membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (Hadis riwayat Muslim).

( SILA BACA DAN FAHAMKAN!! )



Sekian, harap maklum,



Monoloq PAB : maaflah anda kata-kata dalam enrty nih berbaur marah dan keji.




Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Thursday, April 5, 2012

Hijab



Assalammualaikum wbt

Salam Jumaat yang penuh barakah ^__^ mari senyum-senyum manis mcm mioew. Happy ke arini wahai hati? tak happy pun dalam hati ade Api, jadi kenapa senyum-senyum. Sebab arini yang empunya hati pakai baju kurung warna biru. Sangat menaikan mood yang sejuk mata memandang. Sejuk ke cantek mata memandang? hehe dua-dua pun bole. Cantek dan Comel sambil buat aksi ( Tangan di dada mata ke atas ) hoho OMG!!. Puji diri sendiri.

Hari ini baju konvo yang di pesan dah pun selamat sampai ke Office saya. Perasaan pertama dapat baju tu, Uwaa sangat cantek dan kemas, tampak Elegan baik gaya Muslimah moden. Thanks buat BFF yang sudi membantu memilih baju terbabit. Jasamu amat ku kenang sampai mati. Sekarang tinggal confirm Pashmina Purple je dari kawan yang xdapat lagi. Akan di usahakan.

Hijab atau tudung labuh menutup dada.

Maksud Hijab:

Hijab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.

Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya. Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.

Dalam surah An-Nur : 31

Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya, kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung mereka hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka.

Suka tengok muslimah bertudung labuh menutup dada, rasa kesedaran itu semankin timbul. Walaupun ada suara-suara yang kurang senang di dengari yang memandang rendah dan mengisukan si pemakai tudung labuh ini. Bagi pandangan saya, saya suka melihat mereka dari sudut positif. Mereka itu terpelihara dari segi syariat dan akhlak mereka. Terpelihara maksudnya tampak sopan dan tampak muslimah dan kurang dari gangguan-gangguan yang kurang menyenangkan. Terpelihara oleh Allah.

Sopan dan Ayu si Tudung Pashmina

^___^ senyum, first time pakai Pashmina, Labuh tutup dada lilit-lilit di atas kepala adalah cara pemakaian tudung bagi kebanyakan masyarakat Arab di luar sana. Pashmina juga di kategorikan kain yang tebal menutup dada. Beza ngan tudung labuh pashmina perlu di lilit di kepala dengan pelbagai gaya Muslimah Moden. Sesuai dengan peredaran zaman dan yang pasti tetap menjaga aurat dan mengikut syariat islam yang telah menjadi garis panduan setiap umat islam di seluruh dunia.



hehe..nih Pashmina yang di beli dari Online Butik MSH Collection boleh cari di Laman sosial FACEBOOK.


Monoloq PAB : Dalam Hati Alhamdulillah!! moga-moga Allah pelihara diri saya segala keburukan dan pandangan yang kurang menyenangkan. Tertutup Aurat terjaga Akhlak terbias peribadi yang baik. Berubah kerna Allah dan Berubah kerana diri yang hendak dekat dengan Allah !! tu yang sebaiknaya.


MARI LETAK HEADER KEMPEN MARILAH TUTUP AURAT YANG TERTERA DI SEBELAH TEPI KANAN BLOG NI SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA.




Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Wednesday, April 4, 2012

Bahagiakan Hatimu Dengan Al-Quran


Assalammualaikum wbt


"Kami telah turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian"
(Surah Al-Israk : 82).


Semalam berfikir dan muhasabah diri, akhirnya penawar hati yang sakit adalah dengan Al-Quran. Al-Quran saya baca serta pengertiannya. Terasa tenang, terasa dekat dengan Pencipta. Saya buka lembaran buku dari tulisan Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Di renung penulisan beliau tentang "Bahagiakan Hatimu" sungguh menepati masa dan waktu untuk hati ini yamg sedang merundung.

"Ya Allah peluklah hati ini, di saat aku mulai rasa gelisah, dalam penantian penuh kesabaran ini, rindu ini kerana Mu Ya Ilahi".

Kejian,

Tatkala di keji, di hina, di cerca saya amat pasrah sekali. Hanya titisan airmata menjadi teman, hanya doa di panjatkan agar hati dan diri ini sentiasa di lindungi. Kata-kamu dan perbuatanmu amat buat saya terhina.

Rasulullah SAW pernah berkata kepada Muaz,

"Banyak orang yang di seksa di neraka di sebabkan kerana perbuatan lisannya"
(Hadis daripada Tirmizi dan Ibnu Majah)


Apa yang berlaku ini adalah takdir yang Allah titip buat diri. Allahuakhbar!! amat besar hikmah yang Allah beri bagi mengajar diri agar lebih kuat untuk menghadapi ujian yang bakal tiba. Hidup ini tak kan berhenti dengan ujian. Ujian yang di tarbiyahkan oleh Allah swt buat hambaNya. Akur lah wahai diri kamu sedang di uji untuk menjadi lebih baik, lebih utuh sebagai perempuan, sebagai anak, sebagai bakal isteri, bakal ibu dan hamba Allah.

Maaf, awak tak rasa apa yang saya ase,

Marah, sakit, kejam, suma merasa. Maafkan saya anda kata-kata saya semalam berbaur kebencian yang utuh. Hati saya sakit,hati saya hancur. Luka itu lebih dalam, sakit itu melumpuhkan segala sifat kesabaran yang ada. Mungkin hati kamu terluka tapi hati saya lebih terluka dari apa yang kamu rasa. Maafkan saya bukan niat untuk mencerca tetapi pandangla lihat lah dengan mata fikiran kamu sendiri wajarkah ianya terjadi. Wajar bagi kamu, tapi tidak wajar bagi pihak saya. Benci mungkin, dendam mungkin. Semuanya bertamu dalam hati.

Buat mu sahabat, Ucapan ini khas buatmu jua

Pulang dari kerja semalam. Terus saya menelefon BFF saya, sayu hati, menitis-nitis air mata, di pujik hati saya. Terima kasih sahabat, maaflah anda sms yang saya titip sebelum ini merundum hati anda. Maafkan khilaf saya yer. Maaflah demi Allah tak terlintas untuk menjauhi kamu dari hidup ini. Kehadiran kamu sentiasa menceriakan hidup saya dan sekeliling hidup saya. Allah hantar kamu buat saya Alhamdulillah. Semoga pertalian ini sehingga syurga. Terima kaseh kerana sentiasa menemani hari-hari sedih dan sepi saya. Moga Allah rahmati anda sahabatku.


Moga-moga esok dan hari seterusnya hati ini terus tabah, bertambah ibadah, bertambah kuat untuk berdepan dengan segalanya. Sama-sama kita berubah kerana Allah dan hayati isi kandungan Al-Quran.


Masa Depan itu milik Allah ^__^ Allah tak kan membiarkan kita sekelip mata.



Salam Sayang Kerana Allah,
Puteri Amna Balqies

Dendam Selamanya


Assalammualaikum wbt..


Dendam..biarla ianya berkubur dalam hati ini. Sakit dalam hati ini tak mampu nak ubat segala apa yang terjadi. Senang jadi kamu kan?? Susah jadi saya. Senang campak, senang tolak, Senang buang. Ingat hati ni sampah!! pikir la kalau ada otak. Tak pikir esok bakal keturunan kamu bagaimana. Nak mereka jadi di tempat saya?? Tak nak kan. Nak baik-baik tapi hati kamu tu baik ker? Pikir dan muhasabah diri sendiri.

"Saya selalu mintak maaf ngan awk, tapi awk tetap berdendam ngan saya" sms di terima amat buat saya rasa terpaku. Nak maaf kan awk, dah cuba, tapi tak mahu juga hati ini menerima. Sakitnya MasyaAllah Allah yang lebih tahu.

Dan patot saya cakap saya berdendam ngan kamu selamanya di dunia dan akhirat. Kes tak kan tamat sampai bila-bila. Kenapa dendam ini terukir, hanya kamu lebih tahu, kenapa amat benci saya mendalam pada kamu. Jawapannya memang benci dan dendam selamanya. Nak kata saya kejam?? pikirla diri sendiri kamu kejam atau lebih zalim.

Kisah di bustop saya tak pernah lupa sampai bila-bila. Sendiri mengharungi kesabaran hingga ke pagi. Di situ tumpahnya bertitis-tisis air mata, bergenang-genang. Siang berganti malam dan malam berganti siang. Tak lupa sampai bila-bila bahkan selamanya.


Dendam ini tak kan padam sampai bila-bila sampai akhirnya. Sumpah dan janji pasti terpatri selamanya. Benci sebenci-bencinya dan dendam-sedendamnya.




Monoloq PAB : Nampak kejam tapi hakikat yang di terima amatlah lebih kejam dari apa yang di lihat.




Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

Tuesday, April 3, 2012

Sayu-Sayu Hati ..


Assalammualaikum wbt.

Zikir

Sehari melangkah penuh semangat walaupun dalam hati macam-macam perasaan ada. Dalam memandu ke tempat kerja saya buka Cd alunan Zikir Dari Ustaz Hafiz Hamidun. Terasa tenang, terasa syahdu, dengan tidak sengaja airmata menitis ke pipi. Dalam hati berdoa "Ya Rabb Engkau berikanlah aku kekuatan untuk mengubah segala kedukaaan kepada kegembiraan. Engkau jadikanlah Al-Quran ini sebagai panduan dan pengubat seluruh kedukaan dan lelah ini" Ameen.

Ternyata Allah sedang menguji hati saya. Selama dua hari bermimpi benda yang sama. Ya! saya akur, saya redha jika inilah takdirnya. Hari ini still mengumpul kekuatan untuk menghadapi hari esok dan akan datang. Kuatlah wahai diri!!

"hadapilah segalanya dengan tabah, kena kuatkan hati dan pujuk hati, dia dah ada yang lain dan sedang berbahagia, usaplah air matamu, sejuk kan hati mu dengan Al-Quran" sms yang saya terima dari seorang sahabat. Syahdu! terpaku!

Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya. Rasa Bahagia dengan ujian walaupun perit, air mata menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya ujian ini, ujian ini adalah tarbiyah dari Allah, tersirat rahmat dan hikmah, Kita di uji oleh Allah menandakan yang kita insan terpilih untuk di Sayangi oleh-Nya.

Rasullullah SAW bersabda :

"Mukmin yang lebih baik dan lebih di cintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Segala sesuatu yang lebih baik, tampaklah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya" (Muslim)

Dan hari ini Al-Quran kecil hadiah dari adik saya masih saya bawa bersama, Ya! kemana-mana saja saya pergi. Akan saya cuba meneliti dan mendalami Surat Cinta Dari Allah ini untuk menjadi panduan hidup selamanya. Hati masih perlu di isi, jiwe perlu di cuci, agar ianya tidak luka lagi. Luka yang dalam ini perlu di jahit dengan kata-kata semangat, berbulan mungkin, bertahun mungkin dan selamanya mungkin.

Hati ini tetap milik Allah selamanya, biarla ianya tertutup rapi dengan lindungan dariNya. Tak sanggup lagi sedih, tak sanggup lagi kecewa. Di hina dan di maki, di cerca bak tidak berguna. saya insan biasa, punya maruah, punya harga diri seorang perempuan. Saya juga punya hak pada diri saya juga. saya dah cuba jadi yang terbaik.

"Wahai Engkau Yang telah melumpuhkan hatiku, tiada yang lebih baik daripada pilihan tuhan, Mungkin kebaikan itu bukan pada yang terpilih, tetapi pada jalan yang kau pilih, semoga cinta ini bukanlah sebuah nasib" -Akhi Hamka-

Another 2weeks nak berkonvo 14hb April 2012 di dewan utama PICC Putrajaya adalah saksi, bertapa saya bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada saya hari ini. Alhamdulillah berkat usaha dan doa ibu dan ayah akhirnya saya melangkah ke satu tapak yang akan menentukan masa depan saya seterusnya. Biarpun dulu saya amat berharap dia akan berada bersama-sama meraikan hari bahagia saya, namun saya tetap redha, pasrah saya bukan sesiapa yang harus dia kenang. saya adalah diri saya.

Semoga diri ini terus tabah, mengejar cita-cita dan impian akan datang. UPM Tunggu saya!! ^___^ akan saya datang menagih ilmu pula di sana. Tak sabar rasanya Ya Rabb lindungi hatiku dalam aku melayari ilmu yang bakal tiba. Ameen



Salam Sayang Kerana Allah,
Puteri Amna Balqies.

Sunday, April 1, 2012

Al-Quran The Love Letter Of Allah




Assalammualaikum wbt,


Al-Quran The Love Letter of Allah

Buat Adik kandung saya Muhammad Alif

" Nah akak suka baca Al-Quran kan, Nih hadiahkan untuk Akak !" Kata adik saya. Sambil menghulurkan sebuah Terjemahan Al-Quran Al-Hidayah Al-Quran Al-Karim

" Uwaaa Alhamdulillah Terima Kaseh! ^__^ terharu ! syukur. Berbunga-bunga kegembiraan dalam hati.

Bingkisan rasa ini buatmu dik, terima kaseh kerana menghadiahkan kakakmu sebuah Terjemahan Al-Quran. Syukur Alhamdulillah saya memang ingin memilikinya dari dulu tapi yang kecil dan kompak untuk saya membawanya dan membacanya di mana-mana je.

Doa kakak moga-moga Allah memberikan rahmat buat dirimu dalam mengejar ilmu. Akak sayang kamu juga kerana Allah selamanya.

Syukur Allah memakbulkan doaku! Yes! da ade Al-Quran Lengkap. Moga-moga ianya menjadi rutin yang seharian dalam hidupku. Ameen.

"Ya Rabb Engkau berikanlah aku kekuatan untuk mengubah segala kedukaaan kepada kegembiraan.Engkau jadikan Al-Quran ini sebagai panduan dan pengubat seluruh kedukaan dan lelah ini" Ameen.


"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang".
Q-S Ar-Ra'd ayat 28.




Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies