Assalammualaikum wbt
Kita mulakan dengan doa nih moga-moga Allah memberi kekuatan untuk kita berada di bumi Allah ini.
Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul
’arsyil ’azhiim, laailaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi
wa rabbal arsyil kariim.
Alhamdulillah saya masih di panjangkan umur untuk berada di bumi Allah ini untuk merasa udara dan merasa nikmat yang Allah kurniakan buat saya dan juga semua umat yang hidup di muka bumi ini. Alhamdulillah.
Merasa nikmat hidup bertemankan Allah adalah satu nikmat yang amat berguna buat kita, bersyukurlah duhai hati meskipun pelbagai ujian yang mendatang buat diri, di uji pelbagai perasaan dalam hati, diri tetap jua kental menghadapi segalanya. Ubatnya adalah Al-Quran.
Sokongan dari keluarga adalah kunci utama untuk meneruskan kehidupan, mendengar tazkirah dari bonda dan keluarga pada cuti yang lepas betul-betul memberi saya ikhtibar. Ya Allah mahu saja saya berlari jauh dari kesempitan ini. Tapi mahu tidak mahu ini yang Engkau takdirkan buat ku Ya Rabb. Saya sabar dan saya akur. Mencari jalan penyelesaian adalah perkara yang cukup rumit.
Takut, gelisah dan hambar semua saya rasa. Kerana makhluk lain yang buat benda tak baik, saya pula nak menanggung semua. Apa salah saya? persoalannya kenapa saya? kenapa tidak pada si dia yang kamu cinta? pelik ini yang sebenarnya yang terjadi. Orang lain yang sedap-sedap bahagia, saya pula yang menderita nak menanggung semua kesalahan dan dosa yang dia buat. Wajar ker? pikirlah Allah tu menciptakan kita dan fikiran untuk bertindak dengan lebih baik.
"Kalau nak buat dosa dan tambah maksiat jangan heret orang lain ke neraka!!" maaflah ayat saya mungkin keras tetapi ini lah ayat yang serasa saya lebih membuat kamu sedar bertapa besarnya salah kamu pada diri, keluarga dan terutamanya pada ALLAH.
Takutlah pada Allah, Allah tempat kita bergantung, Allah hadirkan kita di bumi ni untuk kita mentadbir diri ke jalan Allah. Untuk kita tambah ibadah kita. Salah tetap salah. Tetapi berubah lah untuk menjadikan diri kita lebih baik.
Bukan selamanya saya mampu untuk membantu kamu, saya juga punya kehidupan saya sendiri. Bantulah diri sendiri bukan hanya mengharap sesuatu untuk menyelamatkan diri dari masalah. Larikan diri bukan jalan penyelesaian.
Semua orang nak hidup bahagia kan, begitu juga dengan saya.
Islah lah diri, berubahlah kerana Allah. Sebut nama Allah hari-hari moga-moga Allah mendengar.
Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies
salam cik aqies,
ReplyDeletesaya suka dengan ayat ini
"Merasa nikmat hidup bertemankan Allah adalah satu nikmat yang amat berguna buat kita,"
nikmat Allah itu terlampau-lampau besar dan banyak sehingga jika dinisbahkan dengan nikmat sebesar zarah sekali kita tidak mampu membalas nikmat itu.
yang hanya kita boleh lakukan hanyalah menyerahkan diri serendah-rendahnya pada tuhan bersifat Al-malik kerana hanya pada dia kita menyembah.
sebagai hamba, sememangnya syaitan itu sentiasa menggoda kita dan sentiasa cuba membuat lorongan kiri dalam hidup kita sejak diciptakan Adam alaihissalam.
islam tidak melarang mengamalkan sistem perhambaan tetapi pada masa kini sistem perhambaan sudah tidak releven untuk diamalkan. KEJAMlah pada siapa2 yang membuat cik aqies begitu.
Ingatlah setiap orang ada hati dan perasaan yang perlu dijaga. jika bukan dia, perasaan ibu bapanya juga perlu dijaga.
jika dia seorang wanita layaklah dipanggil perempuan sialan.
jika sebaliknya panggilan JANTAN BANGSAT mungkin lebih sesuai.