Jom klik hearbeat

Thursday, May 24, 2012

Hijrah Cinta Part 1

Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia.

Tajuk pun nak berhijrah kan, Hijrah Cinta nak mencari sinar bahagia yang baru. Bahagia bertemankan Allah dan Bahagia bersama keluarga dan teman-teman yang tak putus-putus memberi semangat dalam meneruskan perjalanan hidup.

Biar putus hati dengan manusia, tapi jangan putus berharap dengan Allah SWT.

Beberapa hari yang lalu, sempat bertemankan seorang teman menelusuri ViVa Mall untuk ke Celcom. Hajat perlu di tunaikan. Akhirnya saya harus akur no. yang sedia ada ini perlu bertukar dengan secepat yang mungkin.

" Nekad ke ni yong? yong betul-betul nak tukar nih?? tanya teman saya. 

" Yup!! Nekad kerana Allah" jawab saya dengan penuh yakin.

" Alhamdulillah moga-moga Allah lindungi yong yer!! no more kacau-kacau " jawab teman saya

" Hopefully !! " jawab saya.

Akhirnya no.celcom berganti no. bye-bye moga-moga lenyap sudah cerita silam. moga-moga berganti dengan cerita yang serba baru. "Allah lindungi diriku"  monolog dalam hati.

Nak menghidupkan diri dengan kekuatan yang baru bukan mudah setelah berhadapan dengan seribu macam keadaan. Hampir diri mati dek kerana perasaan sendiri. Doa menjadi kekuatan.

Ummi juga kuat memberi semangat. teman-teman memberi dorongan terus menerus. Yang terbaik datang dari Allah kan? yang buruk datang dari kita sendiri, yakinlah Allah sedang mentarbiyah kita secara halus. Redha dan pasrahlah. Moga-moga saya jadi lebih berhati-hati dalam mentadbir diri.

Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laailaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim.


Serahkan semuanya pada yang Maha Agung lagi Maha Pencipta sekalian alam. Yang lalu biarlah berlalu, yang salah di perbetulkan, yang alpa, di peringatkan, yang lemah, di perkuatkan lagi.


Hiduplah dengan memandang ke hadapan, jangan biarkan memori pahit datang bertamu dan merosakkan minda-minda hati hati ini lagi.


" Dia bukan yang terbaik utk Engkau ila, dia tak bertanggungjwab tak takut Allah lansung" kata seorang teman baikku


" Takpelah nak buat macam mana dah dia tak takut Allah biarlah dia dengan cara hidup dia" jawab saya 


Suka atau tidak dia pernah membuat hati ini bahagia buat seketikanya, biarpun dia memberi kehancuran selepas itu, namun saya pasti ini urusan Allah dan ini yang di takdirkan buat diri saya. Bohong jika saya katakan ianya tidak mendatangkan kemudaratan pada diri.


Malah jauh lebih teruk dari itu, biarlah ianya berlalu saja, mengenang amat sakit. Bak kata ummi saya kuatkan hati, kita ada Allah. Kuatlah sebab Allah nak bagi yang terbaik selepas ini.

"Ummi tahu anak ummi kuat!! kata ummi saya

"InsyaAllah ummi doakan saya berjaya dalam bisness ni selepas ini yer"

"Ameen" jawab ummi.

Moga-moga Allah memberi kekuatan untuk terus berjuang selepas ini, InsyaAllah bila dah berjaya akan ku bawa ummi, abah, ibu, ayah dan adik-adik ke Mekah nanti.

Ameen Ya Rabbal Alamin.


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies


No comments:

Post a Comment