Assalammualaikum wbt
Salam One Malaysia
Pagi ni hujan turun dengan lebatnya, usai solat subuh saya duduk di pinggir katil, dengan secara tiba-tiba perasaan sebar muncul dan air mata mengalir dengan derasnya. Peristiwa malam tadi amat terkesan di hati saya. Selebat hujan di luar lebat lagi hujan di hati saya. SubhanaAllah hanya Allah yang lebih tahu.
Hampir satu jam cuba bermuhasabah diri, sayu di hati tetap ada biarpun saya cuba mentafsirkan diri sentiasa sabar dan tabah. Peristiwa demi peristiwa sedih bermain di dalam hidup saya. Dari satu cerita ke cerita yang lain. Saban waktu saya berlajar untuk lebih tabah. Secara jujur saya tak pernah berhenti untuk menangis dalam saban waktu.
Selepas siap mandi dan bersiap untuk ke office, saya lihat kolopak mata saya yang membengkak dan ada kesan lebam yang amat ketara pada wajah, sembab di muka, MasyaAllah pe dah jadi dengan wajah mulus saya sebelum ni. Tertanya dalam hati di mana wajah ceria saya yang lalu, di mana wajah yang sering terukir senyuman dahulu
Ya ! semuanya hilang sekelip mata, saya sapu wajah-wajah saya dengan BB Cream dan saya mencalit kelopak mata dengan eye-liner (celak) berwarna hitam bagi memastikan wajah lebih baik dari sebelumnya. Saya perlu kelihatan baik-baik sahaja sebelum saya masuk ke tempat kerja.
Apa pun yang terjadi, saya harus berlajar untuk kuatkan hati,
Lah Tahzan buat diri dan juga hati
And untuk mengembirakan hati saya, member officemate bawakla pergi makan-makan di Nandos, untuk melegakan hati.
I love Nandos and everytime keluar before this mmg saya pilih nandos, a lot of memories terukir di Nandos.
To all my friends thanks for being wif me all the time.
officemate kak faizzah and effa
ketara sungguh kan kebengkakan mata saya
and this is Nang my officemate
mereka dan makanan-makanan mereka
habesssss licin sebab kami semua lapar
Sekian
Salam Sayang Kerana Allah Till Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment