Jom klik hearbeat

Monday, May 21, 2012

Buat dia yang menghadiahkan cinta

Assalammualaikum wbt

Entry ini khas buat seorang sahabat yang saya sayang kerana Allah  ^___^

Tak terucap dek kata-kata, hanya ucapan terima kaseh yang tak terhingga atas pemberian novel ini, terima kaseh jua kerana memahami minat saya terhadap pembacaan.

Buat pertama kalinya hati teruja bila anda membuka balutan kain yang terisi sebuah novel karya agong bagi saya hasil penulisan penulis feveret saya "USTAZAH FATIMAH SYARHA" tahu apa yang saya rasa tak kala buku itu di terima?

Happy macam nak nangis, tapi malu la nak nangis depan-depan kan. Cover ayulah nanti abes makeup dan celak luntur dek air mata.

Apa pun lebih teruja bila mendapati anda sudi mendapatkan tandatangan dari Ustazah sendiri. Memang tak sangka. Terima Kasih kerana merialisasikan impian saya untuk mendapatkan tandatangan beliau. Maklumlah orang "femes" susah nak jumpa kan.

Thanks !! juga walaupun suprise tu macam tak menjadi.  ^__^

Anyway, Alhamdulillah buku tu sedikit sebanyak mengajar kita erti cinta dan sayang kita yang sebenar. Cinta Yang High Class buat insan yang di sandarkan pada Allah semata-mata.

Indah kan Cinta High Class di sisi Allah. temui jodoh yang di pilih Allah. Soleh dan Solehah, Bahagia menbaca karya beliau. Sungguh mengajar saya untuk mendalami apakah erti cinta di sisi Allah.

Yang penting kita islah diri sebelum nak dapat yang terbaik dari Allah. Dan semoga Allah menghadiahkan saya seorang yang melabuhkan cintanya pada Allah.

Buat Ustazah Fatimah Syarha dan Suaminya Dr.Farhan Hadi semoga berkat penulisan kalian berdua mampu membawa kita semua mengenal erti cinta yang sebenarnya. Dan buat sahabat yang tersayang terima kaseh sekali lagi buat anda.

Sweetkan cinta mereka berdua. Semoga Allah kasihkan kita semua sampai ke syurga Ameen


 "Kepada Puteri,  FATIMAH SYARHA, Allah love U !!  (Thanks Ustazah!)


Salam Kasih Kerana Allah
Puteri Amna Balqies


Semoga Allah menghadiahkan kita CINTA yang mekar buat dia yang melabuhkan cintanya pada yang SATU yakni Allah SWT.


1 comment:

  1. pergh... sign esklusif tu fatimah syarha....hahahaha

    masa dia datang uia punya susah nak jumpa dia pasal ramai sangat orang berebut nak sign dia kat buku dia.

    ReplyDelete