Jom klik hearbeat

Monday, May 14, 2012

Berubah Kerana Allah, Bukan Kerana Kamu.


 


Assalammualaikum wbt

Salam One Malaysia,

Tetibe nak tulis gitu, hehe biarla asalkan diri sihat dan hati pun ok. Jangan macam pagi tadi semua jadi hura-hara macam angin puting beliung datang melanda diri. Ya Allah penat dan lelah nak menghadapi sesuatu perkara yang sememangnyer hati ini benci. Benci bersebab dan tak suka pun bersebab. Habis dah hati yang kata gitu nak buat macam mana kan.

Bila hati mula redha dan ikhlas datang pula yang menyerabutkan diri ini. Abes dulu kamu kecam saya macam-macam, hina saya macam-macam. Bila saya dah tak boleh terima kamu, janganlah marah saya pulak. Terimalah hukum karma. Yang di sakiti harus mati dari hati ini. Tak mampu nak bertindak ikhlas dan menerima jika hati sememangnya tak boleh menjadi ikhlas dan menerima segala kesakitan yang sedia bertahta dalam hati ini.

Rasa kehilangan dan sendiri itu lebih buat saya membenci kamu sekaligus tidak mahu kamu hadir dalam hati ini dan lebih membuat saya terseksa dan lebih membuat saya rasa diri saya lemah. Tak mahu jadi lemah, tapi mahu menjadi diri yang sentiasa tabah dan bahagia.

Tak perlu menabur fitnah jika kamu sendiri lakukan perkara yang sama. Saya tak nampak tapi Allah nampak. Allah bisa mendengar, bisa juga melihat dan Lagi Maha lagi berkuasa. Bumi ini dan diri kita semua adalah milikNya. Kita nih menumpang je itu kamu kena sedar.

"Awak apa khabar lama tak dengar cerita" 
"Kita kena berubah, jom sama-sama berubah"

Memangla kata-kata di atas nampak baik kan, baiklah memang baik, cuba rasa dan sesama merasa kesakitan yang ada. Tak guna nak jadi terus baik tapi mulut mengata, hati berdusta. Lalu balasan ini yang kamu terima.

"Takde kena mengena dengan saya"
" Saya berubah kerana Allah bukan kerana kamu"

Sungguh ini yang saya kesalkan. Kamu tak pernah baik pun, sedih dan naif. Tak pernah menerima kekurangan yang ada pada orang. Bagi kamu, kamulah yang terbaik. Orang lain semua tak sempurna, kamu teramat sempurna.

Saya tak solehah, bukan juga yang teramat baik, tapi berubah untuk diri kerana Allah, bukan berubah menjadi terbaik di mata kamu. Sungguh saya tidak. Tak mahu lagi hati di sakiti. Tak mahu juga merasa kehilangan.

Benci tetap benci,  sampai bila-bila bahkan mungkin sampai ke akhirat.

Bersama teman merasa sedikit bahagia tapi seketika bersama kamu terasa menderita bahkan menderita seumur idup. Tabah la wahai hati. Rindu semuanya. Rindu FAMILY dan Rindu TEMAN-TEMAN selalu dan selamanya dalam hati ini. Rindulah pada yang sudi merindui kita, sayang lah pada yang sudi menyayangi kita. Belajarla dari semua perkara.



Maaflah ini lah takdirnya jika hati tidak pandai menilai. Jiwa pula tak merasa bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Kesimpulannya jangan sesekali merosakkan hati orang lain dan masa depan orang lain.

Sekian,



Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies






No comments:

Post a Comment