Jom klik hearbeat

Tuesday, May 22, 2012

Duhai Lelaki Yang Hebat

 Lelaki yang hebat bukanlah lelaki yang mampu mendapatkan ramai perempuan dengan mudah.
Lelaki yang hebat adalah mereka yang mampu mempertahankan satu perempuan yang dia cintai walaupun berhadapan dengan cubaan dan ujian begitu kuat.
Tak terlalu penting bagaimana engkau mendapatkannya, yang penting adalah bagaimana caramu mempertahankannya..
Assalammualaikum wbt 
Selamat Menyambut Bulan Rejab dan moga-moga Allah memberi rahmat buat kita semua, pada yang berpuasa, moga-moga di perkenan doa dan di tambah kasih sayang Allah buat anda semua.
Amin Ya Rabbal Alamin..  ^____^
Istilah Lelaki Hebat Bagi Saya
Bagi saya istilah "Lelaki yang hebat" adalah lelaki yang pandai mengaji dan tak tinggal solat tak menyakiti hati wanita dan berpegang teguh pada agama dan ajaran yang terapkan dalam Al-Quran.
Macam mana nak bimbing kita, kalau dia cetek Al-Quran. OK  islah  diri kita k.
Itu pandangan saya, tak tahula anda bagaimana? pada saya kalau hensem cetek nya ilmu agama, Kalau hensem tapi tak pandai mengaji dan selok-belok agama pun GAGAL jugak. Kita di lahirkan islam dan seharusnya kita tahu tentang agama.Lebih hensem kalau kita tahu semua tu kan? maka kalau tak tahu carilah dan usahalah untuk berubah dan belajar lebih mendalam tentang agama. Barulah HENSEM semuanya.  ^___^.
Tak tahu belajar, tak tahu baca, tak tahu carilah ilmu itu sampai kita tahu, lakukan transformasi untuk menjadi yang HENSEM di mata Allah.
“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan…”

(Surah An-Nuur, ayat 30)

Siapa contoh lelaki yang terhebat? Jawapannya  :

Dah tentu Rasullullah SAW rasul kita yang terhebat dan kekasih Allah yang terulung, contohi para-para Nabi dan Anbiya adalah perkara yang paling baik untuk menjadi petunjuk untuk menjadi lelaki yang hebat.

Hebat sebab akhlak, bukan hebat sebab melalak.

Kita di lahirkan hebat dan di datangkan dari syurga yang Maha Hebat dengan ciptaan Allah yang sangat cantik. Dan makanya kita perlu jadi hebat untuk kembali syurga. Kerana di syurga tergolong insan-insan yang hebat-hebat.

"Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka). Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus."

(Surah At-Tin, 95: 4-6)

Nak masuk syurga kena hebat ke Kak?  ( tanya seorang adik kepada saya tempoh hari)

Kenalah jadi hebat untuk masuk syurga, hebat bagaimana? hebatnya kita kerana iman dan takwa pada Allah, menjalankan ibadah dengan baik dan mempunyai akhlak yang baik.

Akhlak tu bagaimana?

Akhlak menurut Imam Ghazali

Ialah membentuk jiwa dan mengembalikannya kepada apa yang telah digariskan oleh syariat Islam sebagaimana yang telah dilalui oleh ahli-ahli mukasyafah dan ahli tasawwuf Islam serta apa yang pernah dilakukan oleh para nabi, siddiqin dan para syuhada’ yang soleh.

Seterusnya Imam Ghazali berkata tentang perkara ini : ” Apabila jiwa seseorang telah biasa dengan merasakan yang enak-enak dan yang jahat sahaja maka sudah pasti jiwa itu tidak akan dapat nmenerima yang baik dan benar dan ia tidak dapat dikembalikan kepada keadaan yang lebih berat seperti beramal dan bersungguh. 

Jiwa yang tercela itu akan dimilikinya secara terus-menerus sekali pun bertentangan dengan tabiat baik manusia. Kegemaran kepada hikmah, cinta kepada Allah serta beribadat kepadaNya adalah kegemaran seperti kegemaran kepada makanan dan minuman yang berkhasiat kepada manusia sekali pun bertentangan dan menyimpang daripada kebiasaan liar seseorang manusia dan juga bertentangan dengan hawa nafsu yang telah menjadi kebiasaannya. 

Imam Ghazali mengakui bahawa ada manusia yang dilahirkan telah mempunyai budi pekerti yang baik sebagai fitrahnya di mana tidak memerlukan kepada pendidikan dan pengajaran seperpti Nabi Isa, Yahya dan para nabi yang lain dan ia merupakan keistemewaan. Sedangkan manusia yang lain hanya mencapai budi pekerti yang baik jika dia berusaha ke arah itu di mana hanya sedikit anak-anak yang dilahirkan dalam keadaan mereka itu benar, fasih berbicara, pemurah dan berani.

- Rujukan dr.Berandamadina.com-

Semoga kita semua peroleh kebaikan bersama. Duhai Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, yang bakal menjadi imam ku kelak, semoga Allah memberi kamu kehebatan dalam agamamu agar diriku lebih terdidik dengan akhlakmu, agar hatiku menjadi cinta dan sayang lebih kepada Allah. Ameen.

Duhai lelaki, bakal imam dan bakal suami dan juga bakal ayah di luar sana berubahlah jika anda mungkin tersasar dari lapangan agama, bentuklah diri untuk lebih cintakan agama, dan lebih ke arah membentuk diri menjadi yang terbaik di mata Allah.

Perubahan itu adalah satu keajaiban, dan andalah yang sebenarnya Lelaki yang HEBAT.

Sama-sama jadi hebat kerana Allah  ^____^


 saya minat dia  ^____^  comel kan??


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies



 

1 comment: