Assalammualaikum wbt
Entry ini khas buat muslimah semua
Majlis Ilmu " A Moment To Remember " dan " Bedah buku "Sejuta Pelangi "
Sedang sibuk wat keje dan susun strategi perniagaan, tak lupa juga menjengah laman web tentang majlis ilmu yang di sarankan oleh seorang teman.
Sebab saya suke sangat dengan Wardina Saffiyah dan Oki Setiana Dewi
( pelakon filem Bila Cinta Bertasbih) dari seberang, teman saya mencadangkan saya untuk ke majlis ilmu bersama mereka.
Kalau anda berminat sila la rujuk Poster di atas, saya mungkin akan bersama Ummi saya ke Majlis Konvensyen Memartabatkan Islam di Putrajaya. Kebetulan ianya sama tarikh dengan Majlis Ilmu di atas. buat anda ayang dahagakan ilmu, silalah sama-sama kita memeriahkan majlis ilmu ini. Moga-moga kita semua mendapat keberkatan dunia dan akhirat ^_____^
InsyaAllah melihat jadual saya, memang sangat2 penuh sarat ngan aktiviti dan perjumpaan berkenaan dengan bisness. Sibuk kan diri, hujung minggu pun byk di habiskan dengan kelas. Masa untuk mencari rezeki dan memajukan diri. Mana tahu berjaya boleh share kejayaan dengan sahabat-sahabat yang lain di sana jua. Ameen InsyaAllah moga-moga impian dan cita-cita bersama sahabat baik saya merangkap rakan kongsi niaga saya Nas akan berjaya. Hari-hari saya bertambah ceria di samping teman-teman yang sentiasa menyokong di belakang saya.
Alhamdulillah bak kata seorang kakak kepada saya, "Hidup bertemankan Allah kan lebih dik" ingat sesuatu yang terjadi itu adalah pilihan Allah buat kita. Hadiri majlis ilmu dan islah lah diri moga-moga Allah sejukkan hati, memberi cahaya dan menambahkan rezeki buat kita semua.
Moga Allah membahagiakan hati dan memberi rezeki buat saya dan keluarga. Biarlah hati saya reda dan belajar menerima apa jua keadaan.
Berlajar untuk terus kehadapan, maju dan lebih maju, menghadiri seminar bisness yang lepas sungguh mengujakan saya dan teman-teman sepejuangan. Mungkin ramai yang nak tahu bentuk apakah bisness yang kami janakan.
Bisness berteraskan kesihatan dan memberi kebaikan buat kita semua, yang penting HALAL di sisi agama dan di anugerahkan "SUPER BRAND" oleh Malaysia dan di iktiraf antarabangsa.
Sambil berbisness InsyaAllah saya akan melanjutkan pelajaran saya ke peringat Master tak lama lagi, sekarang masa untuk mengumpulkan tenaga untuk mempersediakan diri bagi merempuh halangan dan dugaan yang cukup besar selepas ini.
Allahuakhbar!! saya amat bersyukur sangat, dan rezeki yang Allah beri serta peluang yang ada adalah nikmat buat diri. Sungguh segala keperitan yang berlaku di balas dengan kenikmatan yang di hadiahkan buat saya. Bak kata Ummi Ruhani saya
" jangan sesekali putus harapan hidup, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang Allah nak tunjuk, bersabarlah dalam bersabar, jangan lupa berdoa dan terus berdoa agar Allah memberikan kebaikan pada diri kita semua"
SubhanaAllah ummi ini yang Allah nak beri rupanya, kasih sayang buat saya yang saya sendiri tidak sedar selama ini. Allah saya amat bersyukur di atas nikmat yang di beri.
Moga-moga kita semua jadi yang terbaik di sisi Allah.
Oki setiana Dewi yang saya sangat minat
Ustazah Fatimah Syarha penulis novel yang saya amat kagumi
wanita dan ibu dan isteri yang solehah
Ummi Ruhani yang sentiasa memberi semangat dan doa
sayang ummi kerana Allah
dan ini pula ^___^
bukan Oki tapi Balqies ^_____^
^______^ hehe sajew wat iklan mahu mengambil contoh mereka yang sayangkan Allah
dan pencetus semangat untuk terus islah diri ke jalan Allah
Ameen
dan pencetus semangat untuk terus islah diri ke jalan Allah
Ameen
" Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah "
Salam Sayang Kerana Allah Until Jannah
Puteri Amna Balqies
No comments:
Post a Comment