Jom klik hearbeat

Friday, May 11, 2012

Terimalah dengan hati yang redha

 


Assalammualaikum wbt

Rasa pening hari ni, pusing-pusing macam nak rebah. Tapi kuatkan semangat sebab nak teruskan hidup. Setiap kali perasaan sakit hati menimpa diri, cepat-cepat sebut "Allah..Allah" sakitnya diri hanya Allah yang tahu. Tatkala benci seseorang tu datang menjengah diri saya sentiasa sebut macam ni "Ya Allah kuatkanlah hatiku!! " segalanya ku lawan dengan sekuat hati.

Bak kata Ummi Ruhani Ismail

"Doa pada Allah banyak-banyak, mohon ngan Allah supaya Allah kuatkan hati" tabahkan hati buang dia dari hidup kita. Sabar dan Tawakkal pada Allah.

Susah nak di kata segala perasaan yang ada, selangkah diri pergi selangkah itu juga diri ini tak kan berpatah semula. Ya! BENCI memang BENCI sebab saya terpaksa ada perasaan itu dalam diri. Susah hidup saya nanti kalau saya tidak merasa perasaan begitu.

"Nak hidup perlu kuat kak!!" (kata seorang adik) kuat demi Allah. "Ujian datang tanda Allah sayang pada akak." serius lepas tu menangis tak sudah. sedih bercampur hiba.

Ya Allah bila seksaan ini akan berakhir? Ya Allah berikan aku kekuatan untuk mengubah segala kedukaan ini kepada kegembiraan. Ameen

Bukan sahaja patah hati segalanya patah, sangat menyakitkan tetapi terimalah ini satu kenyataan

Ini adalah HakNya, saya harus terima takdirNya, pada setiap kesusahan dan kesempitan yang menyesakkan, Nabi Musa a.s dan Nabi Ibrahim a.s, mereka juga terima semuanya.

Nabi Musa a.s di tenggelamkan dan Nabi Ibrahim a.s di bakar. Tapi mereka tetap tabah.

Jadi saya harus tabah kan?  tabahlah segalanya milik Allah. Tiada yang kekal di bumi Allah ini. Belajarlah dari keikhlasan Nabi Musa a.s dan Nasi Ibrahim a.s. Baginda berdua rela menerima takdir sehingga menjadikan jiwa mereka kaya, hati mereka luas, tenang menhadapi sebarang keputusan dan ujian dari Allah SWT.

Lalu saya berfikir jauh menangis menadah tangan berdoa pada Allah. "Ya Allah jangan Engkau dekatkan dirinya dengan diriku jika dia akan membinasakan seluruh hati ku kembali, kerana dia telah merosakkan segala yang ada pada hati ku, Ya Allah berikan kan aku kekuatan untuk aku teruskan hidup.


Ya Allah aku pasrah dan aku redha di atas segalanya.


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies


No comments:

Post a Comment