Monday, May 21, 2012
Tahniah Buat Ummi dan Abah
Assalammualaikum wbt
Jumaat lepas saya menerima panggilan dari ummi saya, yakni ibu angkat saya, yang mengundang saya untuk menghadiri Majlis Makan Malam Anugerah Era Edar Marketing. Ianya bertempat di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Sejak dari awal ummi sudah menelefon mengundang saya.
Ini kerana ummi dan abah akan mengambil Anugerah Outlet Harapan yang di menangi oleh mereka untuk negeri Pahang. Alhamdulillah Tahniah buat Ummi dan Abah sebab berjaya mengharungi perniagaan dengan baik. Sejajar dengan Moto syarikat ummi "Jadikan Perniagaan Satu Ibadah".
Saya menjadikan ummi salah satu icon wanita yang sangat saya sanjungi, ketabahan ummi mengharungi ujian yang Allah beri padanya cukup buat saya sedar dan bersyukur kerana Allah masih memberi kesihatan yang baik untuk saya. Kuatnya ummi menjadikan saya tertarik dengan ketabahan beliau membesarkan anak dengan baik ingat kata-kata ummi pada saya
Ini kata-kata beliau
"Ummi nak anak-anak ummi semuanya berjaya, ummi nak anak-anak ummi jadi soleh dan solehah, punya akhlak yang baik, jaga ibadah dengan baik supaya membesar dalam lingkungan yang baik dari segi agama" ."Ummi juga mendoakan anak ummi yang sorang lagi ni (sayalah tu) moga-moga dapat calon suami yang soleh yang bakal membimbing kamu ke syurga nanti"
SubhanaAllah besar doa ummi Ameen yer ummi. Kata-kata ummi penuh hikmah saya menyayangi ummi dan abah sama saya menyayangi Allah dan keluarga saya sendiri.
Tiap kali berdoa saya tak lupa mendoakan ummi agar ummi di beri kesihatan yang baik dan di panjangkan umur serta di murahkan rezeki.
Buat ummi dan abah saya sayang kamu berdua kerana Allah. Terima kasih kerana menghadiahkan tautan kasih buat saya di dalam diri kalian. Moga-moga kalian di tempatkan di syurga nanti. Ameen.
Indahkan hidup ini bila ada dua orang ibu ^___^ moga-moga Allah menjaga kasih sayang kita.
Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies
Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment