Jom klik hearbeat

Wednesday, May 16, 2012

Inilah Takdirnya...

Assalammualaikum wbt,

Salam One Malaysia

Waktu solat subuh berjemaah dengan ibu dan ayah pagi tadi terasa ukhuwah kami terjalin semula, Hati tertaut sayang sungguh pada ibu dan ayah, saya membesar dan hadir kerana kasih sayang mereka, sewaktu ayah mengalunkan doa, hati saya begitu sebak, berjujuran airmata menitis di pipi, habis berdoa, ibu menepuk2 bahu seraya memeluk saya dengan penuh syahdu. Hati saya jatuh dan rapuh, lalu saya berkata pada ibu :

" Ampunkan dosa kakak yer ibu ayah, demi Allah kakak berjanji untuk jadi anak ibu dan ayah yang solehah yang baik dan berjanji ingin jadi kuat" sambil mencium tangan mereka dan berbaring atas riba ibu.

Lalu di sambut oleh pelukan ibu 

"Ibu ayah ampunkan dosa apa pun yang kamu telah lakukan, belajarlah kakak dari pe yang Allah berikan sesuangguhnya segala berlaku adalah hikmah. Allah sayang kakak dan Allah perkenankan doa ibu untuk melihat kakak kuat"

Lalu ayah mengajarkan saya doa ini. Ayah cakap doa ini Nabi SAW sering membaca ketika beliau sedih

Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laailaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim.

(“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

Hari ini demam melanda diri, Ya Allah semalamam bergelut dengan selimut mengigil-gigil Ya Allah amatlah sakit rasanya. Apa yang terdaya hanya kuatkan hati dan cuba untuk tidur. Setelah dua bijik panadol di telan barulah saya boleh memejamkan mata saya. Telefon berdering-dering mengeluarkan nada tone " SubhanaAllah aku mencintainya, SubhanaAllah aku menyayanginya"  nyanyian seorang penyanyi nasyid dari seberang beralun memecahkan suasana bilik. Saya biarkan saja ianya berbunyi beberapa kalinya. Sungguh saya sakit dan sedih ketika itu. Hanya diam membisu dan membiarkan pesanan sms masuk. Saya dengar tapi hati berat hati untuk melihat. Kejadiaan yang berlaku terasa diri jauh untuk mengenang

Jauh sungguh hati sungguh jauh jiwa.

Perjalanan meredah Lebuhraya Arah Utara membuatkan hati saya jadi sayu, saya pernah menaiki bus semata-mata untuk bertemu dengan sesorang. Pelbagai rintangan yang saya tempuh untuk melihat si dia yang berada di sana. Sungguh setiap yang terjadi terpatri dalam hati.

Dan semalam saya meredah sekali lagi bagi menyempurnakan hasrat untuk mengembalikan apa yang sepatutnya saya kembalikan. Sungguh saya sedih mengenang apa yang terjadi, harus kuat untuk berdepan dengan sebarang kejadiaan. Barang tersebut saya titipkan kepada orang yang amat saya percaya untuk memberikan kepada yang si empunya diri. Sungguh saya tidak kuat untuk berhadapan dengannya sendiri.

Terima kasih sahabat, pertemuan dengan kamu, membibitkan rasa sayang dan ukhuwah. Semoga Allah merahmati apa yang kamu lakukan.

Persoalan yang bermain di hati akhirnya terjawab jua..Allahuakhbar!  bersyukur dalam hati kerana Allah mendengar hasil usaha diri ini berdoa..sungguh perasaan kecewa dan kesal wujud tetapi saya amat sedar Allah mewujudkan pelbagai perasaan yang ada ini sebagai tanda Allah sayang kan kita..

Moga ketabahan hati miliku selamanya.. Allah peluklah hati ini agar diri terus tidak rapuh untuk bergerak ke hadapan.

Saya mahu kuat berdiri, mahu kuat untuk terus berlari mengecapi impaian dan cita-cita.

Ya Allah kuatkan hati ku

Semahunya saya tidak mahu menangis, tapi jiwa yang sakit harus di ubati, sebelum pulang sempat saya bersolat dan mengaji. Tenangkan hati sebelum melangkah pergi. Sungguh saya akhirnya dengan baik dan sempurna

Kerana ini perngakhiran yang saya mahu. Satu pengakhiran yang baik. Satu pengakhiran yang di sulami dengan doa yang di pajatkan pada ilahi.

Saya tinggalkan bandar itu dengan baik, saya lepaskan segalanya dengan baik, sungguh saya meraung dalam kereta dengan sekuatnya, Allahuakhbar!!  Allahuakhbar!!.

Ini takdir yang Allah berikan pada kita!!  semoga Allah sentiasa memberikan hidayah buat dirinya.

Firman Allah SWT bermaksud :

"Dan sesungguhnya akan kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar"

(Surah Al-Baqarah, ayat 155)

Sabarlah wahai hati, sungguh saya redha atas segalanya


Salam Sayang Kerana Allah
Puteri Amna Balqies

2 comments:

  1. assalamualaikum cik aqies,

    kesian saya melihat penderitaan cik aqies yang seakan tidak berkesudahan sama sekali. harapanya kejadian semalam merupakan titik pengakhiran kepada setiap kejadian yang berlaku.

    jangan dibiarkan penderitaan kekusutan dan segala msuibah menghalang cita2 cik aqies. cik aqies ada cita dan impian sendiri yang perlu dikejar. bukan terus terperangkap dalam mainan syaitan yang berwajah manusia.

    layakkah manusia yang membuat cik aqies begini digelar syaitan, mungkin ya mungkin tidak. harapnya dia membaca blog ini supaya mindanya yang sempit itu lebih terbuka.

    sememangnya ramai orang yang berdiri di belakang cik aqies menyokong cik aqies. Selama ini saya hanya menjadi silent reader, tetapi melihatkan entry ini. saya mengharapkan akan ada kesudahan dan titk noktah.

    semua orang ingin bahagia dan membahagiakan orang lain.

    tetapi bukan dengan cara bahagia tetapi merosakkan hidup orang lain. Percayalah Allah itu bersifat al-'adlu. bermaksud yang Maha Adil. pembalasan yang setimpal pasti menimpa insan yang buat cik aqies sampai begini sekali.

    tetapi peringkat kita eloklah kita mendoakan supaya insan ini segera mendapat taufik dan hidayah. amin.

    memalukan ada insan macam ni hidup dalam dunia.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum wbt

    Inilah takdirnya.

    Saya tak mengharap apa-apa, mahupun mengharap simpati tetapi kisah ini untuk di jadikan tauladan.

    Saya mengingatkan dan memberi iktibar dari pe yang terjadi pada saya dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

    Kalau tak boleh terima itu adalah hak individu boleh tekan pangkah di ujung desktop dan diam.

    Sama-sama berubah dan berlajarlah untuk berubah.Yang Haram tetap haram.Jangan kekalkan segala yang buruk serta dosa dlm diri Allah beri peluang untuk kita terus berubah.Allah bagi nyawa dan akal untuk terus menikmati kehidupan di dunia dan meningkatkan ibadah kita.

    Jangan jadi perugi kerana Allah tidak menyukai orang-orang yang tidak berusaha ke arah kebaikan.

    Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu,mereka itulah orang-orang yang paling rugi.

    (Az-Zumar 39:63)

    Puteri Amna Balqies

    ReplyDelete